Home > Menu > Karya > Artikel > April Fool dan Kaitan Dengan Islam

April Fool dan Kaitan Dengan Islam

April Fool

Hari apabila orang berdusta, jenaka permainan dan olok-olok dalam nama hiburan. Ini amalan hodoh berdusta, yang dianggap sebagai sekadar jenaka, dikenali telah menyebabkan kemudaratan besar kepada ramai. Malah trauma dan kematian. Ini tradisi yang masih tidak jujur ​​bukan sahaja diamalkan di kalangan rakyat jelata yang biasa, tetapi juga surat khabar dan majalah dengan menyiarkan berita palsu dan cerita-cerita yang tidak benar pada hari pertama bulan April! Apa yang membimbangkan kepada umat Islam adalah bahawa ia adalah satu tradisi yang secara langsung bercanggah dengan ajaran dan akhlak Islam.

Sejarah April Fool

Sedikit kupasan mengenai sejarah yang boleh dikaitkan dengan peristiwa pada 1 April dengan umat Islam dahulu kala. Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat

*gambar hiasan

adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.

Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.”  (Surah Al-Hujurat: 48)

            Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April sama ada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.

            Fikirkan dan renung-renungkanlah……..

Sumber :

  1. Bahagian Dakwah, JAIS
  2. Shawana A Aziz, As-Sunnah Islamic Newsletter

Disediakan oleh,

Muhammad Ajmal Syamim bin Ahmad Shobri,
Ketua Jabatan Jurnal,
Unit Penerbitan dan Penerangan PCZ 2012. 

4 comments

  1. pihak PERUBATAN sepatutnye memperbertulkan fakta yang telah jelas ini,,,jangan kita ini hidup dalam fantasi yang telah direka-reka,,
    harap boleh remove post ni kerana ia sangat penting untuk menge’SET’ kembali pemikiran pelajar Malaysia kita.

  2. Terima kasih kerana saudara teliti dlm sejarah yg disampaikan melalui pihak sy..Tapi saya secara terang menyatakan di akhir artikel dan jelas disitu bahawa sejarah di atas tidak sahih 100%.

    Mungkin saudara terlepas pandang ayat ini —> “Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April sama ada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.”

    Terima kasih sekali lagi dan teruslah membaca di laman ini. InsyaAllah mutu artikel akan diperbaiki dan sy terima muhasabah ini..

Tinggalkan komen anda