Home > Menu > Karya > Artikel > Anda di Hari Wanita Sedunia!

Anda di Hari Wanita Sedunia!

Islam memposisikan wanita pada kedudukan yang mulia. Wanita diibaratkan sebagai tiang kehidupan sebuah bangsa, negara bahkan agama. Jika baik para wanitanya, maka baiklah bangsa dan negara itu, demikian pula sebaliknya. Dalam menghargai peranan wanita, 8 Mac telah dipopularkan sebagai Hari Wanita Sedunia sejak lebih 30 tahun yang lalu.

SEJENAK MENGENALI TOKOH-TOKOH WANITA ISLAM

1.Zainab Al-Ghazali, Tokoh Pembela Perempuan

  • Biografi

– Anak kelahiran Mesir
– Lahir pada tahun 1917

– Lulusan Universiti al-Azhar,Mesir

  • Sumbangan :

– Gigih memperjuangkan persamaan hak kaum perempuan berdasarkan keyakinannya.

– Aktif dalam Persatuan Kelompok Feminis Mesir yang dibentuk oleh Huda Al-Sharawi pada tahun 1923. Namun tidak lama dia mengundurkan diri daripada persatuan itu kerana bertentangan pendapat mengenai perjuangan menuntut keadilan.

– Tidak setuju dengan idea-idea  sekular mengenai gerakan kebebasan hak wanita.

– Berusaha menyoalkan masalah keseimbangan antara hal-hal yang bersifat religius dan moden.

– Mewujudkan Persatuan Wanita Muslim untuk mengorganisasi kegiatan- kegiatan wanita yang bersesuaian dengan norma-norma dan  kepentingan Islam.

– Persatuan yang didirikannya melahirkan generasi dai’e-dai’e  wanita yang mempertahankan status perempuan dalam Islam serta meyakini bahwa agama Islam memberikan peluang sebesar-besarnya bagi kaum perempuan untuk memainkan peranan penting di tengah-tengah kelompok  masyarakat, memiliki pekerjaan, masuk ke dunia politik dan bebas mengeluarkan pendapat.

2.  Rufaidah binti Sa’ad, Perawat Islam Pertama

  • Biografi :

– Menjadi tokoh wanita perubatan Islam yang pertama sejak zaman Rasulullah saw.

– Lahir di Yatrib dan menetap di Madinah.

– Tergolong dalam kaum Ansar semasa penghijrahan Rasulullah saw.

  • Sumbangan :- Seorang pemimpin sesebuah organisasi dan mampu menggerak dan memotivasi orang lain.
    – Berkongsi pengalaman bersama rakan –rakan jururawat yang lain.
    – Bijak menyelesaikan masalah sosial yang boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit.
    – Menjadi sukarelawan yang merawat sahabat-sahabat Rasulullah saw yang terluka akibat peperangan ketika perang Badar, Uhud, Khandaq, dan perang Khaibar.
    – Menjadi pemimpin dan pencetus Sekolah Kejururawatan pertama di dunia Islam.
    – Merupakan penyokong pencegahan penyakit dan menyebarkan kepentingan kesihatan.


3.  Asma’ binti Yazid, Contoh Ideal Dalam Iman, Ilmu dan Kesabarannya.

  • Biografi :- Tergolong dari kalangan Ansar melalui sentuhan dakwah Mushab bin Umair.
    – Dikenali dengan sebutan Ummu Salamah dan kadang-kala Ummu Amir.
    – Memiliki keutamaan dari segi ketajaman akal, agama yang teguh, keberanian, ketegasan, kesabaran dan termasuk di antara wanita yang meriwayatkan hadis Nabawi yang mulia.
    – Memperolehi gelaran istimewa di kalangan para wanita kaum Ansar sebagai Khatibatun- Nisa’ (jurucakap kaum wanita).
  • Sumbangan :- Pernah bergabung bersama pasukan kaum Muslimin semasa Perang Khandaq dan berperanan mengirimkan makanan kepada Rasulullah saw.
    – Pergi bersama-sama rombongan ke Hudaibiyah dan terlibat di dalam Baiat Ar-Ridhwan.
    – Berperanan besar dalam Perang Yarmuk dengan menyediakan logistik bagi pasukan tentera muslimin, memberikan minuman kepada para perajurit yang kehausan dan mengubati tentera yang terluka.
    – Bersuara untuk bertanyakan persamaan hak mendapatkan pahala, meraih posisi muttaqin dan menjalankan syariat Islam.

4.  Sayidatina Aisyah r.a ,  Tokoh Ilmuan Wanita Islam

  • Biografi :

– Isteri kedua Rasullulah saw
– Anak kepada amirul mukminin pertama, Saidina Abu Bakar as-Siddiq

– Dikenali sebagai  Aisyah Humaira’

– Menjadi sumber rujukan untuk kebanyakan hadis dan dikatakan meriwayatkan 2210 hadith, daripada jumlah ini 316 disebut dalam kedua-dua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

  • Sumbangan :

– Lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau  keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.

– Kebanyakan hadith-hadith yang diriwayatkan semua berkaitan dengan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a.
– Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik.
–  Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas.
– Memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu.
– Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau.
– Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan.

5.  Asy-Syifa binti Abdullah, Sang Guru Wanita

  • Biografi :- Berasal dari suku Quraisy Al-Adawiyah.
    – Merupakan di antara wanita Makkah yang pandai membaca dan menulis sebelum Islam.
    – Tergolong dalam wanita muhajirin angkatan pertama yang berbaiat kepada Nabi SAW.
  • Sumbangan :- Setelah memeluk Islam, dialah yang berperanan mengajar para wanita Muslimah, bertujuan mendapat balasan dan pahala daripada Allah.
    – Rasulullah s.a.w mengakuinya sebagai doktor pakar mata (ophthalmologist), dan ilmunya itu diturunkan kepada anaknya.
    – Dianugerahkan sebuah rumah berdekatan dengan para penghidap penyakit gatal supaya mudah untuk merawat pesakit-pesakit tersebut.
    – Banyak mempelajari hadis dari Rasulullah saw untuk memahami masalah-masalah agama dan keduniaan dan dengan berbekal pengetahuan inilah, dia menyebarkan dakwah Islam dan memberi nasihat kepada masyarakat.

 

  •  Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah saw sebanyak tiga kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali keempat barulah kaum Adam.
  •  Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata ‘Syurga di bawah telapak kaki ibu’.
  •  Selain itu, wanita juga diangkat mati syahid jika meninggal ketika bersalin.
  • Hormatilah seorang insan yang bergelar ‘WANITA’.

 

Tinggalkan komen anda