Home > Menu > Berita > Perjumpaan Bersama Dr Usamah Kamhawy, Ketua Koordinator Program Pelajar Malaysia Fakulti Perubatan

Perjumpaan Bersama Dr Usamah Kamhawy, Ketua Koordinator Program Pelajar Malaysia Fakulti Perubatan

 Zagazig – 9 Januari 2012, Satu perjumpaan bersama Dr Usamah Kamhawy, Ketua Koordinator Program Pelajar Malaysia, Fakulti Perubatan Universiti Zagazig telah diadakan bertempat di Malaysian Students Department. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh 23 orang wakil kelas yang terdiri daripada Class President (CP) dan Class Vice President (CVP). Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi 1 PCZ 2012 ,Naim bin Sarfaraz Ahmad, Timbalan Pengerusi II PCZ, Fatmatul Zahrah binti Mat Zin , Timbalan Setiausaha PCZ, Nur Zahidah binti Hosman serta Ketua dan Timbalan Ketua Unit Akademik PCZ, Mohd Zakhiruddin bin A.Bakar dan Siti Nurshakirah binti Yaacob.

Pertemuan ringkas ini dikendalikan sendiri oleh Dr Usamah Kamhawy. Antara objektif utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengenali dengan lebih dekat CP & CVP yang menjadi  wakil pelajar bagi setiap kelas serta  mengetahui sebarang masalah atau aduan sepanjang sesi kuliah 2011/2012 ini.

 Antara permasalahan yang diutarakan adalah berkenaan masa kuliah, tahap penyampaian pensyarah dan cadangan untuk menambah baik sistem pembelajaran pelajar Malaysia. Antara perkara yang ditekankan adalah berkenaan subjek Anatomi (Praktikal) iaitu membahagikan pelajar-pelajar kepada kumpulan yang lebih kecil , meminta pihak universiti menyediakan cadaver yang lebih baik dan menyediakan tulang anatomi kepada pelajar. Selain itu, CP dan CVP memohon supaya dipercepatkan proses mendapatkan beberapa buah buku dari universiti.

Di akhir perjumpaan yang berlangsung lebih kurang satu jam ini, Dr Usamah berharap agar para pelajar Malaysia tidak segan silu untuk menyampaikan apa-apa aduan ataupun permintaan bagi memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran bagi semua pelajar Malaysia di Universiti Zagazig. Beliau juga meminta semua pelajar Malaysia sentiasa membawa kad pelajar (kerneh) bagi memudahkan segala urusan. Semua CP dan CVP berpuas hati dengan perjumpaan ini dan InsyaAllah, perjumpaan seperti ini akan diadakan lagi secara bulanan atau dwibulanan. Semoga perjumpaan ini menatijahkan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Sirru ‘ala barkatillah.

Disediakan oleh :

Siti Nurshakirah binti Yaacob

Timbalan Ketua Unit Akademik PCZ 2012

Tinggalkan komen anda