Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Tawaquf Program PERUBATAN

Tawaquf Program PERUBATAN

Bismillahirrahmanirraheem

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kehangatan musim peperiksaan yang dinantikan semua mahasiswa Sains Kesihatan di bumi Mesir ini tiba lagi untuk sesi 2011-2012 ini. Sehubungan itu, PERUBATAN telah menetapkan penangguhan setiap program bagi seluruh ahli PERUBATAN mengikut Cawangan berkuatkuasa seperti berikut;

Kaherah       : 31 DISEMBER 2011
Zagazig        : 7 JANUARI 2012
Tanta            : belum ditetapkan lagi
Mansurah    : 2 JANUARI 2012
Iskandariah : 31 JANUARI 2012

Segala program akan ditangguhkan sehingga tamat peperiksaan pertengahan tahun di setiap Universiti. Pengecualian beberapa program PERUBATAN akan diberikan kepada beberapa kes istimewa hanya setelah mendapat kelulusan daripada PANITIA PERANCANG PERUBATAN.

Justeru, kami di pihak persatuan PERUBATAN menyarankan agar setiap ahli meletakkan prioriti dan keutamaan kita sebaiknya. Teguh dan eratkan kebersamaan kita dengan doa yang berterusan untuk diri sendiri, dan untuk sahabat-sahabat serta ahli PERUBATAN yang lain. Selain itu, panjatkan doa-doa kita untuk sahabat seakidah kita di Palestin dan di tempat-tempat lain, moga-moga dengan sedikit doa daripada kita menjadi saguhati untuk kita diakhirat kelak.

Sekian, selamat maju jaya!

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

ibrahimyahaya

Ahmad Ibrahim bin Yahya
Timbalan Presiden I
PERUBATAN 2011/2012
merangkap
Ketua Panitia Perancang

Tinggalkan komen anda