Home > Biro PCZ > Biro Akademik > WING Project

WING Project

WING Project

Jabatan Hal Ehwal Akademik

 

Sempena kuliah baru sesi 2011/2012, Jabatan Hal Ehwal Akademik telah merangka beberapa program dan aktiviti secara BERTERUSAN, demi menaikkan graf pencapaian akademik semua pelajar. Secara keseluruhannya, projek ini  dinamakan “We Inspire New Gene” ataupun “WING Project

Apakah sebenarnya WING ini? Wing; secara umumnya meliputi aspek akademik, dan secara khususnya pula kerjasama dan ketrampilan pelajar. Ini yang ingin kita pupuk, iaitu kebersamaan menuju kejayaan.

Sahabat-sahabat, berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan:-

1.       Study Group

2.       Fast Reading (Pembentangan singkat)

3.       Triple R (Realize,Reconstruction and Reincarnation)

4.       Bank of Question from Zagazig Academic Panelist (Z.A.P)

Budaya belajar secara berkumpulan dapat memupuk toleransi dan persaingan yang sihat dalam pembelajaran. Usaha ini sesuai dengan konsep ‘musyawarah’ yang diaplikasikan oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupan. Maka wajarlah kita jadikan ikutan dan budaya agar menjadi muslim doktor yang bakal merintis sejarah baru dalam dunia perubatan kelak. Unit Akademik berharap mahasiswa/wi memanfaatkan sebaik mungkin usaha yang dilakukan justeru meningkatkan pencapaian akademik pelajar perubatan,insyaAllah.

Nabi s.a.w bersabda : “Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti SATU binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.”

Akhirnya, marilah sama-sama kita memberikan komitmen terbaik. Kita jadikan ‘WING’ sebagai wadah dalam melatih dan mempersiapkan diri untuk menjadi bakal doktor yang cemerlang.

 

Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championship’!

 

 

Tinggalkan komen anda