Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Polisi Kehadiran Ke Kuliah Universiti Zagazig

Polisi Kehadiran Ke Kuliah Universiti Zagazig

POLISI KEHADIRAN KE KULIAH UNIVERSITI ZAGAZIG

Penegasan dan makluman daripada pihak koordinator pelajar Malaysia berkenaan kehadiran ke kuliah :

  • Semua mahasiswa-mahasiswi perubatan WAJIB menghadiri setiap kuliah, praktikal dan “round” bagi setiap subjek. Penyataan di dalam buku log “round” berkenaan ketidakwajiban menghadiri kuliah (teori) adalah tertakluk kepada pelajar-pelajar tempatan (Mesir) sahaja.
  • Bagi kehadiran  kurang dari 75% , akan di sekat daripada menduduki peperiksaan akhir dan setiap mahasiswa dan mahasiswi yang mendekati peratusan tersebut akan di beri amaran.

(kami hanya menyampaikan apa yang disampaikan oleh pihak coordinator kepada semua pelajar Malaysia, kami tidak boleh memastikan jika perkara ini akan dilaksanakan atau tidak pada akhir sesi pengajian nanti, namun pihak coordinator yang baru ini kelihatan lebih tegas dalam perkara ini)

 

  • Sistem kehadiran ini akan dipantau oleh CP dan CVP yang telah dilantik oleh kelas masing-masing dan setiap bulan laporan kehadiran akan dihantar ke pihak koordinator untuk di semak dan disahkan.
  • Mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai urusan penting dan terpaksa meninggalkan kuliah bagi tujuan tertentu mestilah memaklumkan perkara tersebut kepada CP atau CVP dengan menyertakan surat bagi perkara-perkara tertentu. 

Perkara ini berkuatkuasa bermula pada 1 Disember 2011,

(Disebabkan terdapat pelajar yang belum maklum mengenai polisi kehadiran ini sebelum ini, anda boleh memberikan nama anda kepada CP dan CVP untuk dimaklumkan kepada pihak Coordinator agar kehadiran  anda dikira bermula dari bulan Januari 2012 yang akan datang)

Bagi pelajar-pelajar yang mengulang tahun pula, terdapat makluman tambahan daripada pihak koordinator :

  • Tiada carry marks bagi kehadiran ke kelas. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak hadir ke kelas, markah akan ditolak daripada markah keseluruhan peperiksaan akhir tahun dan mengikut budi bicara doktor.

Bagi sahabat-sahabat yang mempunyai sebarang persoalan atau permasalahan mengenai polisi kehadiran di atas, anda boleh berhubung terus dengan Koordinator Pelajar Malaysia, Dr Usamah Kamhawy  di talian (010 1748137)

 

Dr Usamah Kamhawy,

Head of Malaysian Student Coordinator,

Faculty of Medicine,

Zagazig University

 

 

Tinggalkan komen anda