Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Pilihanraya PERUBATAN dan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) : Kenyataan Rasmi Presiden

Pilihanraya PERUBATAN dan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) : Kenyataan Rasmi Presiden

Kepimpinan Islam berperanan besar bagi membina pengaruh  dan membawa masyarakat bagi mencapai sesuatu objektif yang ingin dicapai. Bezanya kepimpinan Islam ini adalah terletak pada objektifnya yang jelas dalam menghubungkan seluruh gerak kerja organisasi bagi mencapai redha Allah semata-mata. Ia juga bersifat sentiasa bersilih ganti dan tidak kekal, sama ada kepimpinan yang lalu yang telah banyak menabur bakti akan terus menerajui kepimpinan atau diganti oleh mereka yang lebih layak daripada kepimpinan sebelum itu bagi memacu sesuatu perubahan.

Sekarang, seluruh PERUBATAN Cawangan di Mesir berada di dalam musim penutupan tirai pemerintahan di mana menyaksikan Mesyuarat Tahunan Cawangan dengan rancaknya diadakan di seluruh Mesir bagi memberi peluang kepada ahli bermuhasabah dan memperbaiki gerak kerja semasa PERUBATAN Cawangan di samping melihat dengan rasminya transisi kepimpinan yang akan terus menerajui gerak kerja PERUBATAN pada sesi seterusnya.

Ucapan Selamat Bersidang daripada PERUBATAN kepada seluruh ahli di Cawangan dengan harapan agar satu bentuk perbincangan sihat dapat diadakan di antara seluruh ahli, tidak lain tidak bukan bagi mencari titik kelemahan untuk diperbaki prestasi dan menggilap kelebihan yang sedia ada dalam PERUBATAN Cawangan masing-masing  bagi mencapai agenda kesatuan, kebajikan dan akademik yang ingin dibawa oleh PERUBATAN.

Ucapan Tahniah juga diucapkan kepada bakal kepimpinan PERUBATAN Cawangan yang akan menerajui sesi kepimpinan seterusnya yang dilihat sentiasa aktif dan komited dalam melaksanakan perubahan terhadap ahli. Moga-moga dengan kerjasama yang jitu antara kepimpinan dan ahli ini dapat membuahkan hasil usaha yang baik dan seterusnya membawa perubahan besar dalam suasana masyarakat PERUBATAN di cawangan masing-masing.

Sekian, Selamat Bersidang dan Selamat Memacu Perubahan kepada bakal barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan.


AT-TAQWA, AS-SYIFA’ AR-RAHMAH

Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

syafiqhamdani

Syafiq bin Hamdani

Presiden PERUBATAN 2011/2012

Tinggalkan komen anda