Home > Menu > Berita > Penghijrahan Ahli Di Bulan Muharam

Penghijrahan Ahli Di Bulan Muharam

Zagazig, 4 Disember – Unit Perumahan bergerak lagi bagi membantu proses perpindahan ahli siswi daripada kediaman Baba Yasser ke Imarah berhadapan dengan kediaman Baba Osama di Salam. Proses perpindahan bermula dari pukul 3.30 petang dengan menggunakan sebuah chevrolete serta bantuan tenaga ahli siswa dan siswi untuk pengurusan pengangkutan barang-barang siswi tersebut.

 

Proses perpindahan ahli semalam keseluruhannya berakhir pada pukul 4.15 petang. Skuad perpindahan Unit Perumahan merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli yang turun padang membantu proses perpindahan kali ini. Diharapkan semoga siswa dan siswi akan terus mendapat persekitaran yang lebih selesa dan kondusif di bumi anbiya ini. Semoga ukhwah yang dibina terus terpelihara di kalangan mahasiswa Zagazig.

Disediakan oleh,

Shakirah binti Mohd Ruslan,

Setiausaha,

Unit Perumahan PCZ 2011.

 

Ingin mengetahui apa lagi perkhidmatan dari Unit Perumahan? Klik sini.

Tinggalkan komen anda