Home > Menu > Informasi > Mesyuarat Agung Tahunan (MTC Kali Ke-2)

Mesyuarat Agung Tahunan (MTC Kali Ke-2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kini, masanya telah tiba,
Untuk kita berani bersuara,
Mengharapkan suatu anjakan,
Yang tidak pernah kita jangkakan
PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG akan mengadakan

MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN ZAGAZIG
KALI KEDUA

Khusus dianjurkan untuk Pelajar Sains Kesihatan di bumi Zagazig

ANTARA OBJEKTIF MESYUARAT INI DIADAKAN:

o    Membuka peluang seluas-luasnya kepada ahli dalam mengemukakan pendapat dan pandangan yang membina sebagai garis panduan dan timbang tara kepada generasi barisan kepimpinan PCZ pada masa akan datang.
o    Mendidik ahli agar menjiwai sikap toleransi dengan menjadikan semangat ukhuwah Islamiyah sebagai pemangkin gerak kerja secara berkumpulan.
o    Mendidik sifat berlapang dada antara barisan keimpinan dan ahli agar masing-masing dapat menerima dan memberi teguran, muhasabah mahupun kritikan.
o    Mendedahkan ahli melalui pengalaman berpersatuan dan kepentingan kebersamaan dalam menjayakan misi dan visi persatuan.
Inilah masanya dan platform yang telah disediakan untuk menyuarakan pendapat, usul, isu berbangkit dan apa sahaja yang berkaitan dengan perjalanan PERUBATAN di peringkat Zagazig demi menjana perubahan di dalam PERUBATAN supaya ia menjadi lebih mantap dan unggul di masa akan datang.

Tidak lain tidak bukan ia bertujuan demi kebajikan kita bersama!
Ini kebenaran bukan cubaan,
Ini realiti bukannya mimpi.

 

Tinggalkan komen anda