Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Kenyataan Rasmi PERUBATAN Winter Carnival (PWtC)

Kenyataan Rasmi PERUBATAN Winter Carnival (PWtC)

Bismillahirrahmanirraheem

Alhamdulillahi Wassolaatu wassalaamu ‘ala Rasulillah SAW,

Merujuk kepada kenyataan rasmi daripada Panitia Perancang PERUBATAN bertarikh 16 Februari 2011; menyatakan bahawa program PERUBATAN Winter Carnival (PWtC) terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh Revolusi mesir dan evakuasi pelajar pada awal Februari tahun ini.

Sehubungan dengan cuti musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi, ramai ahli PERUBATAN tertanya-tanya perihal status program PWtC ini. Maka, Panitia Perancang PERUBATAN telah memutuskan bahawa, program PWtC bakal berlangsung pada 4 hingga 7 Februari 2012 insyaAllah.

PERUBATAN berharap agar kita sama-sama doakan agar program kali ini dapat berjalan dengan jayanya dengan menampilkan doktor-doktor pakar dari bumi Malaysia, dengan membawakan topik-topik perubatan menarik dan terkini, ameen.

Selamat maju jaya juga diucapkan kepada Eksekutif Pelaksana PWtC. Moga usaha kalian diberkati Allah. Nantikan iklan-iklan seterusnya dalam media-media rasmi PERUBATAN.

Sekian, terima kasih.

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati,

At-Taqwa As-Syifa Ar-Rahmah

ibrahimyahaya

Ahmad Ibrahim Bin Yahaya
Timbalan Presiden 1
PERUBATAN 2011/2012
merangkap
Ketua Panitia Perancang

Tinggalkan komen anda