Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Pertukaran Tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC)

Pertukaran Tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC)

Assalamualaikum w.b.t,

Merujuk perbincangan Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) pada 19 Disember 2011 yang lalu; memutuskan bahawa pembetulan tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ke-2, PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2011 akan diadakan pada 31 Disember 2011.  Pembetulan ini berikutan maklumat awal yang diterima pihak JMTC adalah pada 1 Januari 2012, seperti dinyatakan pada iklan (bertarikh 18/12/2011) dimana hari tersebut dianggap merupakan hari pelepasan cuti bagi sambutan tahun baru 2012.

Berikutan itu, pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig telah mendapatkan maklumat terkini selepas merujuk kenyataan koordinator pelajar Malaysia, Fakulti Perubatan Universiti Zagazig bahawa pada 1 Januari 2012 tiada pelepasan cuti sempena tahun baru dan pengajian akan berjalan seperti biasa.

Pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig memohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan berharap supaya kita sama-sama mendoakan agar MTC kali ini dapat berjalan dengan jayanya.

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-2 PCZ 2011 mengucapkan selamat bermesyuarat kepada seluruh mahasiswa/wi sains kesihatan pada MTC kali ini. Semoga platform yang murni ini menjadi penguat ukhuwah islami antara pimpinan dan ahli khususnya dan sekaligus mengikat tali arus kesinambungan dan penambahbaikkan PERUBATAN Cawangan Zagazig pada sesi akan datang.

Sekian, terima kasih.

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati,

At-Taqwa As-Syifa Ar-Rahmah

 

MUHAMMAD FARHAN BIN AHMAT MURTZA,

Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2011

Untuk maklumat lanjut berkenaan MTC, sila layari http://mtc.zaqaziq.perubatan.org/

 

Tinggalkan komen anda