Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Fanpage UBM di Facebook

Fanpage UBM di Facebook

Assalamualaikum wbt.

Pihak Unit Baitul Muslim telah melancarkan Facebook Fanpage bagi Unit Bait Muslim PERUBATAN di laman social Facebook. Cadangan kepada kewujudan fanpage ini adalah memandangkan penggunaannya yang begitu meluas di kalangan masyarakat dunia umumnya, dan masyarakat PERUBATAN khususnya. Justeru, maklumat dan perkongsian ilmu dari UBM akan mudah disampaikan seterusnya memudahkan pihak kami mencapai matlamat yang digariskan untuk manfaat semua ahli PERUBATAN.

Fanpage ini boleh dilayari di alamat : https://www.facebook.com/ubmperubatan

Antara objektif mewujudkan fanpage ini adalah sebagai :

  1. Perkongsian ilmu rumahtangga di antara mereka yang telah dan belum berkahwin
  2. Panduan bagi yang masih mencari pasangan 
  3. Panduan kepada yang telah bertunang
  4. Persediaan menghadapi alam perkahwinan 
  5. Perkongsian isu-isu dan fakta yang berkaitan dengan perkahwinan.

 Jangan bimbang, urusan kerahsiaan tidak akan timbul di dalam menguruskan fanpage UBM ini kerana urusan pencarian pasangan akan diadakan secara terus kepada AJK UBM. Ahli PERUBATAN sangat dialu-alukan untuk berkongsi ilmu yang terpendam di dada di dalam fanpage UBM ini. Untuk pengetahuan semua , fanpage adalah di bawah kelolaan Puan Natasya Anis binti Rusli, mahaisiswi tahun 5, Universiti Kaherah, di bawah pantauan Unit Baitul Muslim (Pengarah dan Timbalan), Presiden PERUBATAN dan Biro Penerbitan dan Penerangan PERUBATAN.

Diharapkan agar ahli PERUBATAN dapat sama-sama menyokong page ini, dan semoga kewujudan medium ini akan menjadi satu medan bagi perkongsian mengenai pengurusan kehidupan, khususnya berkaitan urusan ke arah membina rumah tangga Muslim.

Sekian, wassalam

Puan Naimah Zakaria

Timbalan Pengarah

Unit Bait Muslim

PERUBATAN 2011/2012

Tinggalkan komen anda