Home > Menu > Berita > Kembar Sulung PCZ : Kelahiran Yang Dinanti

Kembar Sulung PCZ : Kelahiran Yang Dinanti

ZAGAZIG, 2 Disember – Saudari Farahiyah bt Abraham Peintkowsky, pelajar tahun 3 kuliah farmasi telah selamat melahirkan bayi kembarnya pada 27 November 2011 di Hospital Hamdi Said ketika usia kandungan mencecah 38 minggu.

Beliau yang ditemui di rumahnya petang tadi, kelihatan semakin sihat dan bertenaga malah mampu memasak untuk keluarga. Mengimbas kembali detik-detik bermakna tersebut, beliau seolah-olah tidak percaya memandangkan proses cesarean berlaku kurang daripada satu jam.

Kelahiran itu dicadang oleh doktor berikutan tekanan darah tinggi beliau yang tidak surut dalam tempoh beberapa hari. Kembar tersebut yang diberi nama timangan ‘Abang’ dan ‘Adik’ masing-masing mempunyai berat 2.7 Kg dan 2.6 Kg ketika lahir. Bagi menuruti sunnah, nama mereka hanya akan diberikan pada hari ketujuh kelahiran.

Kembar yang dikenali sebagai ‘Upin Ipin Zagazig’ oleh sebahagian ahli PCZ juga telah ditahnik oleh Syeikhul Azhar hari ini.

Saudari Farah sempat merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) terutama kepada saudara Pengerusi, Mohd Bukhari Muslim bin Mohd Nadzim di atas kesudian menjemput suami beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada hari Isnin yang lalu. Tidak lupa juga kepada ahli beit, rakan-rakan sekelas dan kesemua yang membantu, melawat dan mendoakan secara langsung mahupun tidak langsung.

Pihak mediaPERUBATAN mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan tahniah di atas kelahiran ini. Semoga mereka menjadi generasi yang mampu meneruskan rantai-rantai perjuangan Islam.

2 comments

  1. Subhanallah…
    Tahniah atas kelahiran anak kembar ini.
    Moga menjadi anak yang soleh dan berbakti buat ibu bapanya.
    Tahniah.

  2. comeynya……. upin ipin zagazig 🙂

Tinggalkan komen anda