Home > Menu > Informasi > Kaji Selidik Prestasi Perkhidmatan PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2011

Kaji Selidik Prestasi Perkhidmatan PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa kami di PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2011 telah berbesar hati untuk mengadakan “Survey Prestasi Perkhidmatan PERUBATAN Cawangan Zagazig Sesi 2011”

Antara tujuan utama survey ini diadakan adalah untuk memantau sejauh mana prestasi gerak kerja PCZ sepanjang tempoh perkhidmatan kami pada sesi 2011 ini yang telahpun bermula sejak bulan Januari yang lalu.

Selain itu, kami juga ingin mengetahui ‘feedback’/respons serta pendapat daripada para ahli PCZ sekalian berkenaan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan kita semua. 

Survey ini juga sudah pasti akan membantu pihak pengurusan PCZ akan datang bagi memantapkan lagi segala gerak kerja yang kurang memuaskan pada pandangan sahabat-sahabat agar slogan dan pembawakan PCZ menjadi realiti yang kesampaian, bukan fantasi semata.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi untuk mengorbankan sedikit masa demi menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam survey ini, hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kehidupan kalian di dunia dan di akhirat kelak.

Sebarang masalah bolehlah dirujuk terus kepada mana-mana AJK PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2011. Justeru, kami menyeru sahabat-sahabat sekalian untuk membantu kami membaiki prestasi kami.

Selamat menjawab dan menunaikan tanggungjawab anda sebagai ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig yang prihatin terhadap persatuan!

Sekian, terima kasih.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

“ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

Muhammad Farhan Bin Ahmat Murtza
Setiausaha PERUBATAN Cawangan Zagazig 2011

Fatmatul Zahrah Binti Mat Zin
Timbalan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Zagazig 2011

Tinggalkan komen anda