Home > Menu > Berita > Infection Control Workshop- Pencerahan Untuk Dunia Sains Kesihatan

Infection Control Workshop- Pencerahan Untuk Dunia Sains Kesihatan

Zagazig, 3 Disember- Hasil kolaborasi pihak PCZ  dan Medical Science Club (MSC) Universiti Zagazig, satu lagi program berbentuk bengkel yang menyelitkan unsur penjagaan kesihatan dihidangkan buat ahli PCZ, iaitu Infection Control Workshop.

Bengkel tersebut diadakan pada 3 Disember, bermula jam 9.30 pagi dan usai pada jam 3 petang. Bengkel yang disertai oleh 28 orang peserta itu, diadakan di dewan DMTC, Bangunan Hospital Bedah Universiti Zagazig. Pengisian disampaikan oleh beberapa ahli jawatankuasa  MSC.

Sepanjang bengkel berlangsung, respon peserta amat menggalakkan, bahkan mendapat pujian dari pihak MSC atas sifat ‘mutual relationship’ yang ditonjolkan oleh peserta.

Antara informasi yang disalurkan melalui bengkel ini adalah bagaimana cara membasmi infeksi menjelang masa merawat pesakit, pencerahan mengenai Personal Protective Equipment (PPE), langkah-langkah ‘berinteraksi’ dengan bahan berbahaya semasa di hospital bagi mengelakkan infeksi, dan jalan pencegahan dari sebaran infeksi dari penyakit kepada doktor, mahupun sesama doktor itu sendiri. Semua itu diterangkan dalam bentuk yang santai namun jelas.

Pihak PCZ mengungkapkan penghargaan kepada pihak MSC atas kesudian menjalinkan kerjasama untuk melaksanakan program ini. PCZ berharap agar banyak lagi program yang dapat diadakan hasil kerjasama dengan universiti, antaranya dengan pihak MSC, untuk memperkukuh hubungan ahli dengan pihak universiti.

Tinggalkan komen anda