Home > Menu > Kenyataan Rasmi > AJKT KEKAL PERUBATAN 2012/2013

AJKT KEKAL PERUBATAN 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, lafaz syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang dilimpahkan kepada kita semua. Seperti yang semua sedia maklum, bahang pilihanraya PERUBATAN sudah mula dirasai bagi pemilihan tampuk kepimpinan PERUBATAN sebagai sebuah persatuan yang berkhidmat dan berbakti kepada mahasiswa mahasiswi sains kesihatan bagi sesi yang akan datang 2012/2013.

Dengan merujuk perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan PERUBATAN dalam Fasal XIV: Jawatankuasa PERUBATAN; Perkara ke-10,yang menyatakan bahawasanya pada setiap sesi kepimpinan PERUBATAN perlu untuk memilih dan menetapkan 4 orang AJKT kekal, terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kalangan sesi sebelumnya untuk membantu dalam meneruskan kesinambungan pembawaan PERUBATAN dalam sesi yang seterusnya.

Oleh yang demikian, setelah perbincangan lumat dan teliti diadakan dengan mengambil kira kelayakan yang munasabah untuk dikekalkan, barisan AJKT PERUBATAN sesi 2011/2012 telah memutuskan untuk mengekalkan 4 orang AJKT sesi ini ke sesi akan datang (2012/2013). Empat orang AJKT tersebut adalah:

ridzuannor

1. Muhammad Ridzuan Bin Mohd Nor

azizulhakim

2. Muhammad Azizul Hakim Bin Azizul

humairahibrahim

3. Nur Humairah Binti Che Ibrahim

nihaltarmizi

4.  Nihal Binti Mohd Tarmizi

Semoga dengan pengekalan AJKT ini dapat membawa kepada rahmah dan hikmah yang terbaik untuk kemaslahatan bersama PERUBATAN dan ahlinya di sesi akan datang. Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”.

 

TAQWA, SYIFA’, RAHMAH

Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

syafiqhamdani

Syafiq Bin Hamdani

Presiden,

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir, Sesi 2011/2012.

Tinggalkan komen anda