Home > Menu > Kenyataan Rasmi > AJKT Kekal PCZ 2012

AJKT Kekal PCZ 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, lafaz syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang dilimpahkan kepada kita semua. Seperti yang semua sedia maklum, bahang pilihanraya PERUBATAN sudah mula dirasai di semua muhafazah, masing-masing dalam mood piliharaya dan Mesyuarat Tahunan Cawangan yang akan diadakan tidak lama lagi.  PERUBATAN Cawangan Zagazig juga tidak terkecuali dalam sesi pemilihan pimpinan baru yang akan menyambung  kepimpinan bagi sesi 2012.

Dengan merujuk perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan PERUBATAN dalam Fasal XIV: Jawatankuasa PERUBATAN; Perkara ke-10,yang menyatakan bahawasanya pada setiap sesi kepimpinan PERUBATAN perlu untuk memilih dan menetapkan 4 orang AJKT kekal, terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kalangan sesi sebelumnya untuk membantu dalam meneruskan kesinambungan pembawaan PERUBATAN dalam sesi yang seterusnya.

Oleh yang demikian, setelah perbincangan lumat dan teliti diadakan dengan mengambil kira kelayakan yang munasabah untuk dikekalkan, barisan AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2011 telah memutuskan untuk mengekalkan 4 orang AJKT sesi ini ke sesi akan datang (2012). Empat orang AJKT tersebut adalah:

Muhammad Farhan bin Ahmat Murtza

Setiausaha PCZ 2011

Mohammad Nor Shafiq bin Mohd Mazny

Unit Ekonomi PCZ 2011

Nurul Farhana binti Zainudin

Timb. Bendahari PCZ 2011

Nurul Fatin Ajlaa binti Shaari

Timb. Unit Kebajikan PCZ 2011

Semoga dengan pengekalan AJKT ini dapat membawa kepada rahmah dan hikmah yang terbaik untuk kemaslahatan bersama PERUBATAN Cawngan Zagazig dan ahlinya di sesi akan datang.

 Untuk maklumat berkaitan dengan piliharan raya PERUBATAN Cawangan Zagazig, sila layari

http://jpc.zaqaziq.perubatan.org/

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”


“ILMUAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

 

 


 

 

 

 

 

 

 

MOHD BUKHARI MUSLIM BIN MOHD NADZIM 

Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2011.

Tinggalkan komen anda