Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Projek Kutipan Aset Academic Center

Projek Kutipan Aset Academic Center

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya”.

Justeru, Academic Center di bawah Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Zagazig 2011 ingin menganjurkan Projek Kutipan Aset Academic Center, yang bertemakan “Sharing Is Caring” sebagai inisiatif untuk memudahkan ahli membuat persediaan terutamanya dalam peperiksaan amali.

OBJEKTIF

 

  • Membantu menyediakan bahan pembelajaran  kepada semua mahasiswa/wi sains kesihatan.
  • Membantu mengelakkan urusan jual beli tulang yang tidak sah dalam kalangan ahli
  • Membantu meringankan beban ahli dari segi kos untuk mendapatkan tulang,mikroskop, slides, buku / nota  dan bahan-bahan lain.
  • Mengajak ahli untuk membuat persiapan lebih awal dan bermula dari sekarang.

Projek akan berlangsung melalui 3 fasa :

Fasa 1 – Penerangan dan Promosi ( 22/11-26/11/2011)

Fasa 2 – Edaran borang bancian ( 27/11/2011)

Fasa 3 – Pengumpulan Aset ( 2/12-10/12/2011)

Antara aset yang boleh disumbangkan oleh sahabat adalah

  • Tulang
  • Mikroskop dan Slides
  • Alatan amali Physiology dan Biochemistry
  • Farmasi (buku, nota dan lain-lain)

Aset boleh disumbangkan kepada Academic Center sama ada secara WAKAF (bagi terus) atau SEMENTARA.

Segala kerjasama  yang diberikan  didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tinggalkan komen anda