Home > Menu > Kenyataan Rasmi > PERUBATAN Seru Ahli Berwaspada Dengan Keselamatan

PERUBATAN Seru Ahli Berwaspada Dengan Keselamatan

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir 
P E R U B A T A N
Taqwa, Syifa’, Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

            Umum mengetahui suasana di Mesir sekarang ini berada dalam keadaan kurang stabil di beberapa tempat terutamanya di Medan Tahrir, Kaherah sejak 18hb November 2011 Jumaat yang lalu dan menyebabkan kemalangan jiwa yang berterusan.

            PERUBATAN mengharapkan supaya seluruh mahasiswa mahasiswi terus berpegang dan mematuhi segala perkara yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Keselamatan Bil 2 Tahun 2011 yang telah dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan disebarkan melalui laman-laman rasmi PERUBATAN.

            Untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka ini, PERUBATAN telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan PERUBATAN di Kaherah dan juga di seluruh cawangan untuk bersiap sedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang tidak diingini. PERUBATAN meminta agar seluruh pihak tidak mendekati kawasan-kawasan yang berlaku konflik pertempuran dan ketegangan yang berlaku untuk mengelakkan apa-apa bentuk kecederaan jiwa yang tidak diingini.

            PERUBATAN menyeru supaya seluruh mahasiswa untuk terus berwaspada dan berhati-hati dengan suasana keselamatan di tempat masing-masing bagi menghadapi kemungkinan yang tidak dijangka berkenaan konflik rakyat Mesir yang sedang berlaku sekarang ini.

            PERUBATAN menasihatkan agar seluruh ahli bertenang dan tidak panik serta tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau berita yang masih belum dipastikan kesahihannya melalui pihak yang lebih berautoriti terutamanya Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Ini bagi memastikan supaya segala maklumat yang disampaikan kepada ahli adalah tepat dan ini akan memudahkan seluruh pihak. Mahasiswa boleh merujuk laman web rasmi Education Malaysia Egypt dan laman rasmi PERUBATAN untuk mendapatkan perkembangan terbaru dan situasi semasa berkenaan keselamatan di Mesir.

            Segala maklumat atau aduan kecemasan bolehlah talian telefon berikut:

Ketua Jawatankuasa Keselamatan PERUBATAN:

Mohd Hazwan bin Rusli

0111- 8709934

Presiden PERUBATAN:

Syafiq bin Hamdani

0114 – 0839115

            Buat akhirnya, PERUBATAN mengharapkan agar seluruh mahasiswa dapat mendoakan keselamatan mahasiswa di seluruh Mesir, supaya keadaan kembali tenang dan kita dapat meneruskan kembali pengajian dengan aman harmoni seperti biasa.

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Yang menjalankan tugas,

Syafiq B Hamdani

Presiden

PERUBATAN

2011/2012

Tinggalkan komen anda