Home > Biro PCZ > Biro Sukan & Aktiviti Luar > Penundaan Tarikh Program PERUBATAN Sports Day

Penundaan Tarikh Program PERUBATAN Sports Day

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t

Sepertimana yang semua telah maklum, PERUBATAN telah merancang dan bakal menganjurkan PERUBATAN Sports Day(PSD) pada 25 November 2011 dan 2 Disember 2011 ini. Program PSD Lelaki di Iskandariah di bawah kelolaan PCI, dan PSD Wanita di Zagazig kelolaan PCZ merupakan yang kedua seumpamanya, setelah program sukan mega kali pertama, iaitu Karnival Sukan PERUBATAN di Mansurah pada tahun 2009.

Program kali ini bakal menyajikan pelbagai aktiviti sukan dan ukhuwwah yang menarik untuk ahli dari segenap Cawangan di Mesir. Ia juga merupakan di antara program berskala paling besar bagi PERUBATAN Sesi 2011/2012, demi membawa agenda kesatuan dan ukhuwwah dalam PERUBATAN.

Namun, manusia cuba merancang yang terbaik, tetapi perancangan Allah semestinya yang terbaik dan mengatasi segala-galanya.

Umum sudah mengetahui situasi semasa Mesir ketika ini dalam menghadapi pilihanraya serta kekacauan-kekacauan yang berlaku, dan kebetulan program PSD 2011 bakal dilaksanakan dalam tempoh kritikal ini.

Maka, Panitia Perancang telah bersepakat untuk menunda program PERUBATAN Sports Day (PSD) 2011 ke suatu tarikh yang akan ditetapkan setelah keadaan di Mesir kembali stabil.

Keputusan ini diambil setelah merujuk kepada pihak-pihak yang berautoriti, dengan mengambil kira faktor keselamatan para peserta, penyokong dan penganjur program.

Maka pihak PERUBATAN berharap agar semua pihak daripada peserta, penyokong, AJK Pelaksana, mahupun ahli PERUBATAN dapat menerima ketetapan ini dengan tenang dan redha. Moga-moga ada hikmah yang besar di sebalik penundaan tarikh program PSD 2011 ini, insyaAllah.

Marilah sama-sama kita doakan agar keadaan di Mesir ini kembali aman dan selamat.

Pihak PERUBATAN juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para AJK pelaksana program yang bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Tidak dilupakan, kepada PERUBATAN Cawangan Iskandariah(PCI) dan PERUBATAN Cawangan Zagazig(PCZ) sebagai pengelola bersama PSD 2011. Jazakumullah kheiral jaza’. Moga kalian terus istiqomah dan tetap bersemangat untuk meneruskan program ini.

“Together We’ll Glorify This Moment”

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Yang menjalankan tugas,

Ahmad Ibrahim B Yahaya

Timbalan Presiden 1

Ketua Panitia Perancang

Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia-Mesir

2011/2012

ibrahimyahaya

Tinggalkan komen anda