Home > Menu > Berita > [Berita] Perpindahan Ahli Serentak

[Berita] Perpindahan Ahli Serentak

Salam Sadnawi, 30 Oktober – Sebanyak 3 buah rumah ahli pada hari ini berpindah secara serentak ke kediaman baru masing-masing di sekitar Salam. Proses perpindahan bermula pada jam 4.00 petang dari kediaman siswi Imarah Bengkel ke Imarah Baba Yasser. Kemudian disusuli oleh perpindahan kedua dari kediaman siswi Baba Yasser ke Imarah Baru IM. Perpindahan terakhir bersambung selepas maghrib dari kediaman siswi Kafr Zend ke Imarah Bengkel. Sebuah Chevrolete telah disewa dan ramai siswa yang turun padang bagi membantu proses perpindahan barang-barang ahli.

Skuad perpindahan Unit Perumahan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengerahkan tenaga untuk membantu proses perpindahan ahli pada kali ini. Diharapkan ukhwah yang terbina terus kekal dikalangan ahli penduduk Zagazig dan keselesaan ahli dapat dipenuhi dari masa ke semasa.

Disediakan oleh,

Shakirah binti Mohd Ruslan,

Setiusaha,

Unit Perumahan PCZ.

Tinggalkan komen anda