Home > Menu > Berita > Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

SALAM SADNAWI, 3 NOVEMBER 2011 –  Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Berbekalkan pepatah Melayu tersebut, Unit Perumahan PERUBATAN Cawangan Zagazig dengan bantuan beberapa orang ahli telah sama-sama turun padang  untuk menguruskan perpindahan 2 buah rumah mahasiswi. Perpindahan pertama bermula dari pukul 4 petang  dari Imarah Mama Kauthar ke Imarah Baba Yasser dan perpindahan ke-2 bermula  pada pukul 4.30 petang dari Imarah Hijau ke Imarah Lif. Menggunakan sebuah Chevrolet,barang-barang ahli dibawa ke destinasi perpindahan.

         Berbekalkan semangat kerajasama yang jitu sesama ahli, perpindahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Urusan perpindahan berakhir pada pukul 5 petang. Walaupun penat, tetapi masing-masing kelihatan gembira kerana dapat menghulurkan tenaga dan kudrat yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

         Unit Perumahan mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama turun padang menghuluran bantuan walaupun masing-masing mungkin mempunyai komitmen yang tersendiri. Semoga bantuan yang dihulurkan, menjadi bekal yang berguna untuk dibawa ke akhirat kelak.

Disedikan oleh,

Zafirah binti Mahmood

Wakil Kamsis Salam,

Unit Perumahan Perubatan Cawangan Zagazig  2011

Tinggalkan komen anda