Home > Menu > Berita > “Saya harap bukan malignan” – NikHazzaymey

“Saya harap bukan malignan” – NikHazzaymey

Zagazig, 5 November –  Seorang pelajar tahun 3 perubatan Universiti Zagazig, Nik Hazzaymey bin Nik Ismaiddin telah berlepas pulang ke Malaysia pada jam 4 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk menerima pemeriksaan kesihatan susulan di Malaysia. Ia berikutan beliau mengadu sakit ketika membuang air kecil (dysuria) yang semakin kerap, kuantiti air kencing yang banyak (polyuria) dan beberapa simptom lain. Beliau yang sebelum ini ketika pulang ke Malaysia pada cuti akhir tahun 2 yang lalu, telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan di 5 hospital yang berbeza; Klinik Kesihatan Nilai, Hospital Port Dickson, Hospital Seremban Tunku Jaafar, Hospital Pakar KPY Kajang dan Hopsital Pakar KPY Perdana. Setiap hospital menyatakan diagnosis yang berbeza, antaranya ialah Urinary Tract Obstruction (salur kencing tersumbat) dan Bladder Outlet Obstruction (Salur keluar Pundi Kencing Tersumbat). Beliau turut menerima pemeriksaan Cystoscopy di hospital terakhir lawatan beliau.

Nik Hazzaymey (paling kiri)

Pihak mediaPERUBATAN menemui beliau selepas majlis Solat Hajat dan Bacaan Doa Selamat di Dewan Darul Wehdah semalam. Beliau menyatakan bahawa symptom awal telah bermula seawal tahun 2, dengan sakit di kawasan pundi kencing ketika membuang air kecil dan beberapa simptom lain. Simptom bertambah teruk ketika musim peperiksaan akhir tahun yang lalu, mendorong beliau untuk mendapatkan pemeriksaan di Malaysia. Menurut beliau lagi, jika pemeriksaan kali ini mengesahkan bahawa symptom itu adalah malignan, maka ia memerlukan rawatan rapi yang menelan kos yang agak tinggi.

Pihak mediaPERUBATAN berharap kepada sahabat-sahabat untuk mendoakan keselamatan beliau, supaya penyakit ini bukan malignan, agar beliau dapat kembali ke Mesir secepat mungkin dan dapat meneruskan pengajian beliau yang baru bermula di tahun 3.

Tinggalkan komen anda