Home > Menu > Berita > Unit Perumahan Terus Meraikan Keselesaan Ahli

Unit Perumahan Terus Meraikan Keselesaan Ahli

Salam Sidnawi, 27 Oktober –  4 buah rumah telah dikunjungi oleh Unit Perumahan hari ini bagi memenuhi permintaan ahli  yang  berpindah ke kediaman baru di sekitar Salam.  Bermula dari jam 4 petang, proses perpindahan bermula dari rumah pelajar siswi dari Imarah Masjid Ibadurrahman ke Imarah Hijau, manakala perjalanan kedua diteruskan dengan perpindahan barang dari Imarah Osama ke, Imarah Ritaj, Imarah Hijau dan terakhir ke Imarah Baba Yasser. Sebuah Chevrolet  juga telah disewa untuk urusan pengangkutan ini. Walau kepenatan, kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing kerana dapat turun bersama-sama memudahkan urusan perpindahan ahli.  Seperti kata pepatah. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Proses perpindahan ahli pada hari ini keseluruhannya berakhir pada jam 5 petang.

Skuad perpindahan di bawah Unit Perumahan merakamkan  penghargaan mereka jutaan kepada semua yang turut turun padang membantu proses perpindahan kali ini. Semoga  siswa dan siswi yang telah berpindah ke rumah baru, dan juga yang akan berpindah, akan terus mendapat persekitaran yang lebih selesa dan kondusif sepanjang keberadaan mereka di bumi Syarqiyah ini dan semoga ukhwah yang terbina akan terus terpelihara di kalangan ahli penduduk Zagazig.

“Keselesaan Ahli, Keutamaan Kami” .

Disediakan oleh :

Siti Muslihah binti Mohd Nor

Unit Perumahan PCZ 2011

 

[help]Memerlukan khidmat Unit Perumahan? Hubungi Dr Safwan Hadi bin Rosli (01119361518) atau Dr Siti Muslihah Mohd Nor (01141224352)[/help]

Tinggalkan komen anda