Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Sistem Pengambilan Kehadiran Ke Kuliah

Sistem Pengambilan Kehadiran Ke Kuliah

Objektif

  1. Meningkatkan kehadiran ke kuliah
  2. Mengurangkan budaya ponteng
  3. Membantu memastikan markah kehadiran dalam peperiksaan diambil secara lebih telus
  4. Membantu mahasiswa/wi yang mempunyai masalah dengan kerjasama pihak Penyelaras Pelajar Malaysia

Pelaksanaan

  1. Diuruskan oleh Attendance Unit yang baru ditubuhkan di bawah Unit Akademik PCZ dengan kerjasama Academic Council dan dibawah pantauan Penyelaras Pelajar Malaysia.
  1. Cara pelaksanaan
  • Setiap hari, CP dan CVP akan mengambil kehadiran setiap ahli kelas.
  • CP dan CVP akan membuat analisa kehadiran setiap ahli kelas mengikut minggu bagi tempoh sebulan
  • Laporan kehadiran akan disediakan oleh CP dan CVP untuk diserahkan kepada penyelaras pelajar Malaysia melalui Attendance Unit
  • Penyelaras akan menyemak dan mengesahkan analisa dan laporan kehadiran tersebut
  • Fail akan dipulangkan mengikut kelas dan setiap pelajar boleh melihat laporan yang telah dibuat.
  1. Tindakan
  • Pelajar-pelajar yang memperoleh peratusan kehadiran kurang daripada 80% akan berjumpa dengan penyelaras pelajar Malaysia untuk sesi kaunseling
  • Kehadiran ke kelas praktikal hendaklah mencapai 75%. Mana-mana pelajar yang hadir kurang dari 75% tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
  • Purata kehadiran ke kelas pada akhir sesi kuliah 2011/2012, akan diberikan oleh penyelaras pelajar malaysia kepada semua department untuk dimasukan ke dalam markah peperiksaan akhir tahun untuk markah kehadiran (contohnya, markah kehadiran bagi anatomy adalah 30 markah, dan purata kehadiran pelajar A ke kelas Anatomy untuk sepanjang sesi kuliah adalah 65%, jadi akan didarabkan dengan 30 untuk mendapatkan markah akhir bagi pelajar A iaitu 19.5)
  • Bagi pelajar yang tidak hadir atas alasan sakit, surat daripada pihak hospital boleh dikemukakan. Begitu juga sekiranya terdapat urusan penting, sebagai contoh, terjemahan tasdiq, boleh dimaklumkan atau kemukakan dokumen tersebut kepada CP. Sekiranya tiada,boleh menggunakan surat yang akan dikeluarkan oleh PCZ selepas ini.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan perjalanan attendance, antum boleh merujuk terus kepada semua CP dan CVP, ataupun antum boleh berhubung dengan AJK Attendance Unit sendiri ataupun dengan Unit Akademik sendiri.

Attendance Unit:

  • Dr Muhammad Marwan bin Zulkifly Apandi (011 47160027)
  • Dr Nik Mahabbah Khairiah binti Nik Din (011 11505357)

Unit Akademik

  • Dr Naim bin Sarfaraz Ahmad (011 11106654)
  • Dr Nur Zahidah bt Hosman (011 47733957)

Diharapkan sistem pengambilan kehadiran di kuliah ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin pada sesi ini dengan kerjasama dari semua pihak, agar hasilnya dapat kita lihat bersama pada akhir nanti, insyaAllah.

WaAllahulam.

One comment

  1. Kenapa menjerat diri sendiri???

Tinggalkan komen anda