Home > Biro PCZ > Biro Akademik > Proses Semakan Semula Dan Polisi Control

Proses Semakan Semula Dan Polisi Control

Seperti yang semua sedia maklum, sejurus selepas diumumkan keputusan peperiksaan, proses semakan semula boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, proses ini dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu dan bergantung kepada polisi yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dan diguna pakai selaras seluruh Mesir.

POLISI CONTROL

Apakah yang akan dilakukan semasa proses semakan semula?

Dalam tempoh waktu semakan semula ;

  1. Pegawai control akan merujuk markah-markah bagi subjek yang ingin disemak semula serta  subjek-subjek lain pada kertas keputusan peperiksaan. Pengiraan markah akan dilakukan dan sekiranya layak berdasarkan polisi yang telah ditetapkan, kenaikan markah akan diberi.
  2. Pelajar dibenarkan untuk melihat kertas peperiksaan masing-masing dan menyemak sekiranya berlaku sebarang kesilapan.  Pegawai control akan melihat helaian demi helaian, menambah setiap markah, melihat sekiranya ada jawapan yang tidak bertanda atau tidak diberikan markah.
  3. Pegawai akan membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku (sekiranya ada dan layak). Sekiranya di luar sistem dan polisi, pihak control akan meminta pelajar merujuk Penyelaras Pelajar atau Dekan. Walaubagaimanapun, sebarang perkara yang dirujuk kepada pihak atasan akan kembali kepada control dan bergantung kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
  4. Keputusan peperiksaan selepas semakan semula akan dikeluarkan selepas beberapa hari.

Bagaimanakah pengiraan markah dur thani dilakukan?

  1. (Written + Practical + Oral) = Total x 5/4 = Final total
  2. Contoh – physiology – (50 + 25 +25) = 100 x 5/4 = 125
  3. Bagi dur thani, tiada carry marks (a’mali sanah) , tetapi, di dalam keputusan peperiksaan ada dinyatakan markah. Markah ini adalah berdasarkan “factor”. Sebagai contoh, markah asal di atas ialah 100, manakala 25 markah tambahan (final) di kira sebagai carry marks.

Contoh lain – (47 + 24 + 25) = 96 x 5/4 = 120.  120 – 96 = 24. 24 dikira sebagai carry marks. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar yang memperoleh markah yang tinggi bagi written, practical dan oral, akan mendapat carry marks yang tinggi berdasarkan pengiraan factor.

Bagaimanakah penambahan markah dilakukan?

  1. Markah maksimum yang boleh dinaikkan bagi setiap pelajar adalah sebanyak 16.
  2. Markah ini merangkumi peperiksaan dur awal dan dur thani. Ini bermaksud, sekiranya pelajar tersebut telah dinaikkan markah (rafah) semasa dur awal, jumlah markah yang boleh dinaikkan semasa dur thani akan berkurang atau menjadi tiada.
  3. Contoh – pelajar A.
  • Dur awal : telah dinaikkan 13 markah bagi subjek anatomy
  • Dur thani : pelajar ini memperoleh 140 markah bagi subjek physiology dan memerlukan 10 markah lagi untuk lulus. Walaubagaimanapun, tiada penambahan markah yang akan dilakukan kerana daripada kuota 16 markah, hanya tinggal 3 markah, dan sekiranya di tambah bagi subjek physiology, pelajar tersebut masih belum boleh lulus.
  1. Penambahan markah ini juga akan melihat kepada sejauh mana ia dapat membantu pelajar. Sebagai contoh :
  • Pelajar A (tahun 1) : Dalam peperiksaan dur awal, sepatutnya pelajar ini gagal 3 subjek . Namun begitu, pelajar ini telah dinaikkan 13 markah bagi salah satu subjek. Ini bermaksud, pelajar A hanya gagal 2 subjek dan masih boleh naik tahun dengan membawa kedua-dua subjek tersebut.
  • Pelajar B (tahun 3) : Pelajar ini gagal dalam 2 subjek. Salah satu subjek hanya memerlukan 5 lagi markah untuk lulus, manakala satu subjek lagi masih memerlukan lebih 20 markah. Penambahan markah tidak akan dilakukan kerana walaupun dibantu untuk 1 subjek, pelajar tersebut masih perlu mengulang tahun. Mengikut pihak control, kuota markah juga akan disimpan bagi membantu pelajar pada tahun seterusnya.
  • Pelajar C (tahun 3) : Pelajar ini gagal 1 subjek, dan hanya memerlukan beberapa markah sahaja untuk lulus. Kenaikan markah akan diberikan kerana ia akan membantu pelajar tersebut untuk naik tahun.
  1. Terdapat markah-markah maksimum yang boleh dinaikkan bagi subjek-subjek tertentu. Sebagai contoh, bagi psychology, maksimum markah yang boleh dinaikkan (dengan mengambil kira factor lain,) adalah sebanyak 3 markah. Sebagai contoh :
  • Pelajar A (tahun 2) : pelajar ini gagal 2 subjek, iaitu psychology dan physiology. Markah yang masih diperlukan untuk lulus subjek physiology adalah 15,maka penambahan markah akan dilakukan untuk subjek physiology. Dan sekiranya pelajar tersebut masih memerlukan 3 markah untuk lulus psychology, tiada penambahan markah kerana kuota markah bagi pelajar ini tidak mencukupi dan pelajar ini akan naik tahun dan membawa subjek psychology tersebut.
  • Pelajar B (tahun 2) : pelajar ini gagal subjek psychology. Markah yang diperlukan untuk lulus adalah 5 markah, namun tiada penambahan markah akan dilakukan kerana penambahan markah maksimum untuk psychology adalah 3 markah. Pelajar ini akan naik tahun dan membawa subjek psychology.
  1. Penambahan markah hanya akan dilakukan untuk menaikkan markah keseluruhan hanya sekiranya pelajar tersebut lulus peperiksaan bertulis. Tiada penambahan markah akan diberikan sekiranya pelajar memperoleh pangkat dhaif jiddan iaitu tidak lulus peperiksaan bertulis. Penambahan markah hanya akan dilakukan bagi pelajar yang memperoleh pangkat dhaif iaitu markah keseluruhan tidak mencapai 60% .
  • Pelajar A : memperoleh 37.0 bagi peperiksaan bertulis physiology (markah lulus adalah 37.5). Penambahan markah keseluruhan tidak akan dilakukan kerana pelajar ini tidak lulus peperiksaan bertulis.
  • Pelajar B : memperoleh 39 bagi peperiksaan bertulis physiology (lulus) dan memperoleh markah keseluruhan 136 (dhaif). Pihak control akan mempertimbangkan bagi menaikkan markah bagi pelajar ini berdasarkan polisi yang digariskan.
  • Walaubagaimanapun, pertimbangan khusus bagi menaikkan markah bagi peperiksaan bertulis (antara 0.5 ke 1 atau 2 markah) hanya boleh melalui Dekan dan mesyuarat Committee Members. Jika dipersetujui, markah akan dinaikkan selaras bagi seluruh pelajar, Malaysia dan Mesir.
  1. Masih terdapat banyak lagi peraturan yang digunakan bagi kenaikan markah. Perkara-perkara yang dinyatakan di atas adalah perkara-perkara asas.

 

**Maklumat di atas diperoleh daripada pihak control dan pihak penyelaras pelajar Malaysia.  Setiap pelajar berhak untuk dibantu, tetapi hanya berdasarkan sistem dan polisi yang ditetapkan oleh pihak universiti (selari dengan polisi yang ditetapkan dan dipraktikkan oleh semua universiti di Mesir).

PERANAN UNIT AKADEMIK

  • Unit Akademik PCZ akan sentiasa membantu para pelajar dalam proses tazallum dan kenaikan markah selagi mana pelajar tersebut mempunyai hak mengikut polisi dan peraturan yang diletakkan oleh pihak control universiti.
  • Unit Akademik PCZ akan membantu segala proses semak semula dan membawa perkara tersebut kepada pihak lebih tinggi, tetapi segala keputusan bergantung kepada sistem dan polisi pihak control serta pertimbangan hasil perbincangan Dekan beserta Committee Members. 

Tinggalkan komen anda