Home > Biro PCZ > Biro Penerbitan & Penerangan > Ketetapan Yahoo! Group Perubatan Mesir untuk Ahli di Kaherah Sahaja

Ketetapan Yahoo! Group Perubatan Mesir untuk Ahli di Kaherah Sahaja

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.,

Merujuk kepada hasil mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Antara Cawangan bagi Biro dan Unit Penerbitan dan Penerangan bertarikh pada 29 April 2011, kami telah bersepakat bahawa Yahoo! Group Perubatan Mesir akan digunakan untuk sebaran maklumat dan aktiviti PERUBATAN dengan mensasarkan ahli di Kaherah sahaja. 

Hal ini bermakna, Yahoo! Group perubatan_mesir akan berfungsi untuk menyebarkan maklumat daripada PERUBATAN, EME dan BKAN serta badan-badan yang mempunyai hubungan rasmi dengan PERUBATAN dengan sasaran kepada seluruh warga PERUBATAN yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Universiti Ain Shams dan Universiti Kaherah. 

Bagi ahli PERUBATAN Cawangan, pihak Unit Penerbitan dan Penerangan Cawangan masing-masing akan menghebahkan maklumat daripada PERUBATAN yang perlu untuk disebarluas kepada Cawangan melalui mekanisma yang paling sesuai di cawangan masing-masing.

Ini sekaligus akan menutup dan menghentikan operasi Yahoo! Group kaherah_utama [http://groups.yahoo.com/group/kaherah_utama/].

Walaubagaimanapun, keahlian Yahoo! Group perubatan_mesir adalah terbuka kepada seluruh ahli PERUBATAN dan ahli daripada Cawangan yang sedia ada dalam Group tidak dikehendaki untuk meninggalkan Group ini.

Pihak PERUBATAN juga amat berharap supaya ahli PERUBATAN terutamanya di Kaherah yang belum menyertai Yahoo! Group perubatan_mesir untuk berbuat demikian dengan kadar segera, bagi memastikan seluruh ahli mendapat apa sahaja maklumat daripada persatuan secara langsung.

Sekian dimaklumkan, Terima kasih dan selamat memulakan sesi akademik yang baru.

Sieru ala barakatillah.

“At-Taqwa, Asy-Syifa’, Ar-Rahmah”

Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

Yang Menjalankan Tugas,

Muhammad Ridzuan Mohd Nor
Nur Humairah Binti Che Ibrahim
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN 2011/2012.

Tinggalkan komen anda