Home > Menu > Berita > Jaulah KPP, Menyubur Isu Palestin

Jaulah KPP, Menyubur Isu Palestin

Zagazig , 27 Oktober – Kempen Prihatin Palestin (KPP) di bawah Unit Kebajikan PCZ 2011 terus bergerak  dalam usaha untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada warga Zagazig akan kepentingan mengetahui dan mengambil berat akan isu Palestin. Selama 4 hari jaulah KPP ke seluruh rumah warga baru zagazig iaitu mahasiswa/wi tahun 1 sama ada perubatan atau farmasi berakhir pada Khamis lalu. Jaulah ini secara khusus memberi pengenalan kepada mahasiswa baru akan objektif dan gerak kerja KPP berkenaan isu Palestin.

Sebanyak 5 buah rumah mahasiwa dan 17 rumah mahasiswi telah dikunjungi, dengan disertakan artikel yang memuatkan serba ringkas isu Palestin terkini dan disertakan ajk pelaksana KPP. Menurut Pengarah KPP, saudara Mohd Zulfadli bin Yamin, kempen yang dijalankan ini bukanlah suatu kempen kesedaran yang bermusim, tetapi ia adalah kempen yang berpanjangan, selagi isu Palestin tidak selesai. Timbalan Pengarah, saudari Ain Bahori turut menyatakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada mahasiswi tahun 1 yang sanggup meluangkan masa menerima kunjungan pihak KPP. Beliau turut terharu dengan sambut yang amat menggalakkan yang ditunjukkan, sehingga terdapat ahli yang meminta pihak KPP untuk mengadakan jaulah kempen kesedaran seperti ini lebih kerap pada masa akan dating.

Pihak mediaPERUBATAN berharap agar dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak KPP ini dapat memastikan isu Palestin terus bergema dan tidak terkubur begitu sahaja di dalam fikiran warga Zagazig.

[info]Blog Kempen Prihatin Palestin[/info]

Tinggalkan komen anda