Home > Menu > Karya > Artikel > Bersediakah??

Bersediakah??

Tik-tok tik-tok!  Sedar tak sedar cuti kita hampir sampai ke penghujungnya. Kuliah pun dah nak mula. Ada berapa hari lagi ya sahabat-sahabat?  Tahu bukan berapa haribulan kuliah akan buka? Sudah berada di Zagazig? Kalau ya, Alhamdulillah , tahniah! Kalau masih berada di Malaysia, ayuh segerakan kepulangan anda. Tetapi,  berada di Zagazig sahaja tidak cukup lagi.

Sahabat-sahabat sekalian, sebagai mahasiswa/wi,  anda rasa apa telah anda lakukan sebagai persiapan menghadapi kuliah pada sesi kali ini?

Anda ingin mulakan sesi baru ini bagaimana? Sahabat-sahabat, untuk suatu perjalanan yang panjang dan bagi mencapai kejayaan di penghujungnya, kita perlukan suatu permulaan yang baik bukan?

Hah!  Engine booster untuk belajar sudah berbunyi ke belum?

Rumah anda? Sudah kemas?? Sudah berada dalam kondusi yang anda rasa sesuai untuk belajar? Atau barangkali masih menghabiskan masa dengan FB, Twitter dan movies?

Mungkin ada yang akan berkata, “ada beberapa hari sebelum kuliah, jadi , jom kita gunakan peluang ini untuk berjalan-jalan!”.  Anda begini??

Usah begitu! Anda semua sudah tentu mahu menjadi lebih baik bukan? Jadi jangan ulangi kesilapan lampau. Ayuh kumpulkan semangat dari awal sebelum bermula kuliah. Jangan nanti sudah menjelang final exam  kedengaran rungutan tidak cukup masa dan menyesal kerana tidak bermula dari awal.

Sahabat-sahabat sekalian, adakah kita semua sudah betul-betul bersedia untuk mengorbankan waktu lapang kita untuk mendalami ilmu perubatan ? Bersedia untuk berhadapan dengan mayat-mayat atau memfokuskan mata anda  meneliti slide pathology?  Paling penting, anda tahu belum subjek apa yang bakal dihadapi?

Mental? Mentaliti pula bagaimana? Sedia untuk bermula dengan minda positif atau sudahkah anda menetapkan sasaran target mahu mumtaz atau jayyid dalam sesi kali ini? Mind-setting sudah pastinya harus mensasarkan target terus kemana anda mahu melangkah bukan?

“Apa kecoh sangat ni. Awal lagi la. Kelas pun tak mula lagi”.

“Buat apa sibuk-sibuk baca buku awal-awal, masa masih panjang. Kamu ni terlebih semangat la”

                Adakah anda salah seorang yang selalu mengungkapkan ayat-ayat sebegini? Kalau ya, maka anda berada dalam kalangan yang rugi. Ingat,orang yang bijak adalah orang yang dapat memaksimumkan penggunaan masa mereka dengan berfaedah. Sama seperti anda melabur wang juga. Setiap hari anda bangkit dengan diberi 86,400 saat. Persoalannya dimana anda laburkan masa anda? Atau, bagi anda masih terlalu awal untuk kita mulakan sesuatu?

Anda mahu nyawa seseorang tergadai disebabkan cuai kerana zaman-zaman universiti dahulu anda sering ponteng atau hanya mengambil peperiksaan sekadar ingin lulus? Pastinya tidak, bukan?  Jadi,perbetulkan niat anda sentiasa dan untuk sesi akan datang, pastikan ianya bermula dari sekarang!

Tugas kita sebagai musafir ilmu masih panjang. Maka , bersediakah anda untuk mulakan kuliah pada kali ini? Tanya pada diri,berapa peratus anda sudah bersedia?

                Untuk menilai berapa peratus anda sudah bersedia lihat sahaja bahan-bahan pembelajaran anda. Buku-buku, alat tulis, meja belajar sudah kemas atau belum? Bagaimana dengan bahan rujukan setiap subjek terbaru anda tahun ini? Pemakaian ke kuliah ? Hakikatnya hanya anda sendiri dapat menilai anda berada di tahap yang mana.

                Buntu bagaimana mahu lebih bersedia? Jangan bimbang, Unit Akademik PCZ akan membantu anda. Nantikan artikel yang seterusnya..

 “Orang yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal”.

 

Ayuh berubah! Persiapkan diri ke kuliah!!

 “re-START 5Gs’ campaign 2011”

Tinggalkan komen anda