Home > Menu > Berita > Mahasiswi Tahun 1 Dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU)

Mahasiswi Tahun 1 Dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU)

ZAGAZIG, 12 OKTOBER : Seorang mahasiswi tahun 1 perubatan Universiti Zagazig telah dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi “Intensive Care Unit” (ICU) Hospital Taisir dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Universiti Zagazig apabila beliau didapati mengalami muntah, cirit-birit berdarah secara berlebihan bermula petang semalam.

Beliau, Noor Izzati binti Habim telah menghubungi Timbalan Ketua Unit Kebajikan PCZ, saudari Nurul Fatin Ajlaa binti Shaari sekitar jam 6.30 malam untuk menemani beliau ke hospital apabila muntah-muntah dan cirit-birit berdarah yang dialaminya semakin teruk. Apabila ditemui di rumahnya di kawasan Ma’auf Tanta Adim, beliau di dalam keadaan yang pucat dan hampir pitam. Kemudian, saudari Fatin Ajlaa menghubungi Timbalan Pengerusi 1 PCZ, saudara Abdul Hakim Suhimin untuk menghantar mereka berdua ke hospital. Sekitar waktu Isyak, beliau telah diterima masuk ke Hospital Swasta Taisir yang terletak di Ma’uf Mansurah.

Disebabkan oleh cirit-birit berdarah yang terlalu kerap, beliau telah dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi  (ICU) untuk mengawal pendarahan. Menurut surat perakuan doktor dari Malaysia yang dibawa bersama oleh saudari Noor Izzati, beliau menghidap penyakit “Crohn’s disease”, iaitu penyakit yang berkaitan dengan sistem saluran makanan badan (GIT system).

Saudara Mohd Bukhari Muslim bin Mohd Nadzim, Pengerusi PCZ berkesempatan untuk melawat dan melihat sendiri keadaan beliau, bersama beberapa Ajkt PCZ, antaranya saudari Farhuda Zulaikha binti Dol (Timbalan Pengerusi II), saudari Fatmatul Zahra binti Mat Zin (Timbalan Setiausaha) dan saudara Umar Izudin bin Ramli (Unit Kebajikan).     

Beliau juga turut dilawat oleh Dr. Mohamad, profesor subjek “Internal Medicine” Universiti Zagazig. Sekitar jam 1 pagi, Dr. Mohamad memindahkan beliau dari Hospital Taisir ke Hospital Universiti Zagazig yang terletak di kawasan Salam Sadnawi. Kemudian, saudari Noor Izati ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk menstabilkan paras darah. Walaubagaimanapun, menurut maklumat terkini, keadaan beliau sudah agak stabil.

pihak mediaPERUBATAN memohon kepada sahabat-sahabiah untuk mendoakan kesihatan beliau agar dapat memulakan pengajian tahun 1 di Universiti Zagazig dengan baik.

 

Wikipedia | Crohn’s disease

2 comments

  1. syafakillah.moge cpt sembuh..

  2. syafakillah ya ukhti..moga cepat sembuh

Tinggalkan komen anda