Home > Menu > Berita > Hasil Pertemuan Pihak PCZ dengan Beberapa Pelajar Berkenaan Kenyataan Rasmi

Hasil Pertemuan Pihak PCZ dengan Beberapa Pelajar Berkenaan Kenyataan Rasmi

ZAGAZIG, 12 OKTOBER : Satu pertemuan tertutup telah diadakan antara pihak PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) dengan beberapa orang pelajar sains kesihatan bagi mendapatkan penjelasan akan beberapa perkara berkaitan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pengerusi PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2011, saudara Mohd Bukhari Muslim bin Mohd Nadzim pada 10 Oktober yang lepas.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PCZ 2011, Pengarah AHLAN ’11, saudara Naim bin Sarfaraz Ahmad dan salah seorang barisan Ahli Jawatankuasa PCZ 2011, saudara Mohd Safwan Hadi bin Rosli bersama 4 orang wakil dari pihak penganjur. Pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu banyak menjelaskan tentang kekeliruan yang berlaku baik sebelum program mahupun selepas program.

Bertempat di salah satu kedai makan yang terkenal di Zagazig, pertemuan tersebut berjaya mencapai matlamat bagi menjelaskan kekeliruan antara kedua-dua belah pihak serta mengadakan perbincangan yang sihat dalam usaha untuk meneguh kesatuan dalam komuniti mahasiswa sains kesihatan di Zagazig.

“Pertemuan seperti ini sangat bagus untuk diadakan bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku dan mendapatkan maklumat yang tepat,” ujar salah seorang wakil yang turut hadir dalam pertemuan tersebut.

“Kita bersyukur kerana dengan adanya perbincangan sebegini  dapat merungkaikan kekeliruan dari kedua-dua belah pihak. Kami juga berterima kasih kepada pihak tersebut kerana sudi bertemu dan menjelaskan kekusutan yang berlaku secara terus kepada pimpinan PCZ,” jelas Pengerusi PCZ.

Hasilnya, natijah pertemuan dan perbincangan berjaya menutup segala spekulasi tidak sihat dan provokosi buta dari mana-mana pihak. Diharapkan, kejadian ini tidak berulang lagi sepanjang sesi pengajian yang baru bermula ini serta menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk menjaga keutuhan komuniti mahasiswa Sains Kesihatan di bumi Zagazig.

Tinggalkan komen anda