Home > Menu > Karya > Artikel > Juadah Ukhuwah Aidilfitri

Juadah Ukhuwah Aidilfitri

Wah, meriahnya Syawal kali ni! Orang jauh, orang dekat, semuanya saling berkunjungan dan berziarah. Tapi, dah tak ada idea nak hidang apa untuk tetamu-tetamu. Macam mana ya?

Unit Perumahan PCZ 2011/12 sekali lagi membawakan kepada anda resipi-resipi menarik untuk dicuba. Jadikanlah Eidulfitri sebagai wasilah untuk mempereratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

‘Sedetik bersama , seabad terasa’ 

(I) Aiskrim Goreng 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan       

  • Aiskrim ( Perisa mengikut kesukaan )
  • Cornflakes atau Nestum
  • Telur
  • Strawberry atau chocolate sauce.
  • Minyak untuk menggoreng.
  • Buah-buahan untuk hiasan.

Cara-cara

  1. Bentukkan aiskrim mengikut saiz dan bentuk yang digemari.
  2. Letakkan di dalam peti beku untuk 3 jam ke atas. ( sebaiknya semalaman disebabkan cuaca yang panas. )
  3. Kisar halus cornflakes atau Nestum.
  4. Pukul telur.
  5. Keluarkan aiskrim yang telah dibekukan.
  6. Salut aiskrim sepenuhnya dengan telur dan kemudian salutkan aiskrim tadi dengan bahan kisar.
  7. Ulang langkah 6 sekali lagi untuk lapisan lebih tebal. Boleh diulangi beberapa kali bergantung dengan ketebalan yang diingini.
  8. Masukkan kembali aiskrim yang telah disalut ke dalam peti beku dalam selama 3 -24 jam.
  9. Panaskan minyak. Keluarkan aiskrim yang telah beku dan boleh digoreng sehingga lapisan luaar kelihatan keemasan.
  10. Letakkan sirap pilihan dan hias secukup rasa. ** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas.

Perkongsian oleh : Sakinah Abd Razak & Siti Hanisah Tuan Stia

(Juara Pertandingan Iron Chef Akhawat, Hari Keluarga PCZ 2011)

 

(II) Koktel Syurga Cinta 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan

****Kuah****

  • Susu segar 500ml
  • Telur 1 biji
  • Serbuk vanila 2 paket kecil
  • Gula secukupnya(+- 6 sudu besar)
  • Tepung jagung 2 sudu besar

****Agar-agar*****

  • 1 kotak agar-agar (Perisa mengikut kesukaan)
  • sedikit agar2 tali
  • 250ml air

****Puding kastard****

  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 250ml air
  • 2 sudu besar gula

****Hiasan****

  • Campuran buah-buahan
 Cara-cara
  1. Blend susu segar bersama telur, kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak menggunakan api yang kecil.
  2. Setelah itu, masukkan gula dan serbuk vanila. (Perlu dikacau sentiasa supaya tidak berketul).
  3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air ke dalam kuah. Kacau sehingga sebati, kemudian angkat dan ketepikan. Sejukkan (di dalam peti ais).
  4. Campurkan kesemua bahan untuk agar-agar ke dalam bekas lain. Masak sehingga mendidih kemudian sejukkan.
  5. Di dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan untuk membuat puding kastard sehingga sebati. Masak di atas api, kacau sehingga likat. Kemudian, tuang ke dalam bekas dan sejukkan.
  6. Potong kecil agar-agar dan puding kastard. Hidangkan bersama kuah dan buah-buahan.

Perkongsian oleh : Siti Najwa Roslan & Nur Zahidah Hosman

( Peserta pusingan akhir Pertandingan Iron Chef Akhawat, Hari Keluarga PCZ 2011) 

 

(III) Mee Rebus  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar serbuk kurma ( Pilihan. Serbuk kari sudah memadai)
  • Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 3 biji ubi keledek atau kentang
  • 2 sudu besar udang kering
  • 100g kacang tanah
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 25 tangkai cili kering
  • Gula, garam dan air secukupnya

 

Cara-cara

  1. Rebus ayam dan ubi sehingga lembut.
  2. Kisar udang kering, halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering menggunakan air rebusan ayam.
  3. Tumis bahan-bahan yang telah kisar sehingga garing. Kemudian, masukkan serbuk kari dan serbuk kurma. Biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Kisar ubi dan kacang tanah. Setelah itu, campurkan bersama bahan tumis.
  5. Masukkan ayam.
  6. Tambah sedikit air, gula dan garam. Masak sehingga mendidih.
  7. Sedia dihidang bersama mee kuning (yang telah dicelur) , cili (dihiris) , telur rebus, tauhu goreng (yang dipotong kecil-kecil) , daun sup, limau kasturi dan bawang goreng.

Perkongsian oleh : Unit Perumahan PCZ 2011/12

 

 

(IV) Kuah Kacang Ayam 


 

 

 

 

 

 

 

Bahan- bahan (untuk semangkuk besar)

  • 300 g isi ayam (potong dadu)
  • 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
  • 5 sudu gula merah/ gula melaka
  • 2/3 cawan gula putih
  • garam
  • 1 cawan air asam jawa
  • ½ cawan santan pekat/susu segar
  • Bahan-bahan tumis :-
  • 2 batang serai
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • ¼ cawan minyak masak
  • Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 ulas bawang merah
  • 6 biji buah keras
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
 Cara-cara
  1. Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
  2. Panaskan minyak,tumis serai sehingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak sehingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.
  5. Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
  6. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat/susu segar.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
  7. Siap untuk dihidang bersama nasi impit atau rojak pasembor.

 Perkongsian oleh : Unit Perumahan PCZ 2011/12

Tinggalkan komen anda