Home > Menu > Karya > Artikel > Dur Thani : Kejayaan Yang Tertunda

Dur Thani : Kejayaan Yang Tertunda

Bismillahirrahmaanirraahim..

Alhamdulillah, puji-pujian hanyasanya kepada Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sahabat-sahabat sekalian, realiti kehidupan, diumpamakan seperti sebuah roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Namun,tidak kira di atas atau di bawah, untuk terus maju, ia bergantung kepada kita bagaimana mendepaninya.

Sepertimana yang kita ketahui, ada sebahagian daripada sahabat-sahabat kita yang diuji dengan dur thani. Sesungguhnya, ujian ini bukanlah suatu kegagalan, tetapi ia adalah suatu kejayaan yang tertunda. Bagi merealisasikannya menjadi suatu kejayaan, ia haruslah bermula dengan satu titik perubahan.

POSITIF, OPTIMIS

Bagi sahabat-sahabat yang diuji, pandanglah ujian ini sebagai suatu rahmat daripada Allah. Bebaskan diri daripada belenggu kekecewaan, ketakutan dan rasa rendah diri, kerana setiap ujian itu pastinya menjanjikan sesuatu yang manis di penghujungnya. Lapangkan fikiran, bersangka baiklah dengan Allah, jangan jadikan dur thani ini sebagai pematah semangat, sebaliknya jadikan ia batu loncatan untuk terus cemerlang menggapai cita-cita. Ramai yang telah bangkit dari kegagalan dan mampu membuktikan mereka boleh berjaya, mengapa tidak kita??

PELUANG KEDUA

Gunakan kesempatan kedua ini sebaiknya. Selidiki kelemahan diri dan perbaiki segala kekurangan dari segenap aspek. Tidak minat, tiada kesedaran, tidak mampu untuk fokus, silap teknik belajar, malas, gangguan persekitaran dan sebagainya tidak seharusnya menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Sebaliknya, jadilah mahasiswa yang berjiwa kental, mampu menghadapi apa jua cabaran. Hakikatnya, bidang perubatan ini menuntut pengorbanan yang sangat tinggi. Jadi, masuklah ke dalam “medic”  sepenuhnya, nikmati ia, selamilah ia sedalam-dalamnya, InsyaAllah kita akan mendapati ilmu itu akan datang dengan mudah.

KEBERGANTUNGAN KEPADA ALLAH

Belajarlah kerana Allah, niatkan imtihan untuk ilmu, kerana orang yang berilmu pastinya ditinggikan darjat oleh Allah. InsyaAllah, peluang dur thani ini akan menjadikan kita seorang yang lebih faqih dalam bidang perubatan. Usahakan yang terbaik, seiringkan dengan tawakkal yang tinggi kepada Allah, kerana Dialah penentu segala yang kita inginkan samada kefahaman belajar, kekuatan mengingat, kemudahan dalam menjawab peperiksaaan seterusnya natijah di penghujungnya. Bulatkan tekad, “Faiza azamta fatawakkal ‘alAllah”, InsyaAllah, kejayaan akan menjadi milik bersama.

Sahabat-sahabat sekalian,

In order to success, there are 2 types of pain:

Pain of discipline and pain of regret. Pain of discipline will be temporary, but pain of regret will be forever. JADI, TERUSKAN USAHA, JANGAN PATAH SEMANGAT, INSYAALLAH KITA BOLEH!

Selamat menghadapi imtihan dur thani, seluruh warga PCZ mendoakan kejayaan bersama.

Bittaufiq wannajah, Serru ‘ala barakatillah.

~KE ARAH MENJADIKAN AKADEMIK SEBAGAI IDENTITI PCZ~

Tinggalkan komen anda