Home > Biro PCZ > Biro Kebajikan > Direktori Pengurusan Visa Pelajar

Direktori Pengurusan Visa Pelajar

Permohonan Visa(Iqamah) Di Jawwazat

1)Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mengisi borang  :-

  • 1 salinan muka depan pasport
  • Tasdiq (pengesahan) kuliah yang asal
  • 1 keping gambar pasport
  • 1 salinan visa terakhir (bagi pelajar tahun 2 & seterusnya)
  • 1 salinan cop “visa on arrival” yang diperoleh di lapangan    terbang Kaherah (bagi pelajar yang pulang ke Malaysia & pelajar tahun 1)
  • Pasport

2) Pengambilan borang (istimarah) daripada pekerja di kaunter.

3) Pembelian Setem (Damghah) di kaunter pembelian setem (harga setem : LE )

4) Borang yang telah diisi hendaklah diserahkan kembali kepada pekerja di kaunter bersama dokumen-dokumen tersebut.Pasport akan dikembalikan semula kepada pemilik pasport pada hari yang sama. 

(Sila pastikan pekerja di kaunter membuat catatan di dalam pasport anda)

Perolehan Visa pelajar

Dalam tempoh 2 minggu atau lebih, kembali semula ke Jawazat bersama pasport untuk memperoleh visa dalam bentuk cop (harga Visa : LE 89)

*Segala pengurusan visa para pelajar di Zagazig adalah di bawah kuasa Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ)

*Denda akan dikenakan jika visa pelajar lambat diperoleh. (bergantung kepada pengurusan fail pelajar oleh pihak berwajib)


Tinggalkan komen anda