Home > Menu > Informasi > Tajuk Dan Penerangan Slot KUNTUM III

Tajuk Dan Penerangan Slot KUNTUM III

Tak kenal maka tak cinta..begitulah ungkapan orang terdahulu yang sehingga kini masih relevan untuk digunapakai.
Kecintaan kita terhadap Palestin dapat diukur dengan sejauh mana kita mengenalinya.
Tanpa kecintaan tersebut, kita tidak akan merasai sensitiviti terhadap kemelut saudara sesama Islam.
Jom menyemai kecintaan terhadap Palestin dengan mendalami intipati KUNTUM kali ini..

Slot 1 – Palestin : Kekeliruan, Kefahaman, Kepentingan

Menerangkan sejarah permulaan bumi Palestin serta kepentingannya kepada umat Islam.
Sebahagian daripada kita masih belum memahami secara tepat akan keperluan cakna tentang isu palestin.
Maka di sini, setiap perkara yang berkaitan dengan Palestin
serta nas-nas mengenainya akan dihurai secara terperinci supaya setiap muslim dapat menyemat semangat Palestin dalam jiwa masing-masing.

Slot 2 – Palestin dan Konflik 3 Agama

Islam, Kristian, Yahudi. 3 agama yang telah lama memahat sejarah bumi Palestin sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Penakhlukan, peperangan, konspirasi..dapat kita saksikan satu demi satu dalam menyelusuri kisah di sebalik bumi tercinta ini.

Slot 3 – Tokoh Kebangkitan Islam di Palestin

Setiap negara ada sejarahnya, dan setiap sejarah ada tokoh-tokoh yang memperjuangkannya.
Slot ini akan memperincikan sumbangan mereka yang telah banyak berjasa untuk bumi Palestin
supaya kita sebagai seorang pejuang dapat mengambil istifadah serta semangat mujahadah mereka dalam melakar sejarah kegemilangan di bumi ini.

Slot 4 – Palestin dan Dunia Islam VS Israel dan Dunia Masa Kini

Apakah nasib umat Palestin kini?
Di manakah kesatuan umat Islam dalam menangani isu ini?
Mengapakah masih terdapat sebahagian negara yang menyokong dan membantu Israel walaupun ianya jelas bertentangan dengan hak asasi manusia?
Segala persoalan yang bermain di dalam fikiran akan dikupas secara mendalam di dalam forum ini.

Slot 5 – Mahasiswa Islam dalam Kemelut Palestin

Sejarah sudah diceritakan. Rentetan peristiwa-peristiwa hitam sudah dibongkarkan. Kisah perjuangan dan isu semasa telah dikupas lumat.
Tetapi, tidak cukup sekadar mendapat pencerahan sahaja tanpa ada tindakan dan resolusi.
Maka di sini, anda sebagai mahasiswa Islam perlu jelas di manakah posisi dan arah tuju kita dalam menyelesaikan segala kemelut yang berlaku di negara tersebut.

Sebaik sahaja selesai KUNTUM III kali ini, pastikan anda semua mampu membalas persoalan..

“DI MANAKAH ANDA DI DALAM SUARA PALESTIN?”

Terbuka kepada semua mahasiswa perubatan di setiap muhafazah. Penempatan disediakan.

Cepat! Jgn lepaskan peluang!

Daftarkan penyertaan anda secara online di sini

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

Ikhwah: Abdul Malek Sufri bin Zaid (011-6748234 | malekpc_soa90@yahoo.com)
Akhawat: Amirah bt Mohamed Zin (011-1926976) | ameiiz_1222@yahoo.com)

Pendaftaran dibuka mulai 30 Julai 2011- 12 Ogos 2011

Penyertaan terhad kepada 100 peserta terawal sahaja!

Jom tambahkan ilmu dan amal sempena bulan yang mulia ini!

Semoga usaha kita yang kecil ini dipandang tinggi oleh Allah swt. Insha-Allah.

Maklumat Lanjut : summer.perubatan.org

Tinggalkan komen anda