Home > Menu > Karya > Artikel > Summer Fruits Platter

Summer Fruits Platter

Assalamualaikum buat kesemua warga PERUBATAN Cawangan Zagazig. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu pengislahan kepada diri kita. Ingin memaknakan lagi Ramadhan yang berbaki???

Unit Perumahan PCZ 2011/12 membawakan kepada anda beberapa resipi pemanis mulut yang amat menyelerakan dan sesuai dihidang ketika waktu berbuka puasa. Mudah saja. Jadi, selamat mencuba

(I) Puding Tembikai

–        1 paket agar-agar (15-20 gm)

–        2 keping roti

–        6 cwn air

–        1 ½ cwn gula

–        ½ tin susu pekat

–        1 cwn susu cair

–        2 sudu besar mentega

–        1 sudu kecil vanilla

–        Cincau/agar2 bewarna coklat (dipotong kecil2)

–        Pewarna hijau & merah

  1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur.
  2. Carik-carikkan roti dan rendam di dalam susu cair. Blend roti + susu cair + susu pekat sampai halus.
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen    vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (untuk kulit tembikai). Tuangkan di dalam bekas yg agak tinggi (agak2 ketebalannya) sebagai base. Tunggu sehingga keras sedikit.
  5. Ambil sedikit adunan asal dan lapis sedikit di atas lapisan hijau tadi. Tunggu sehingga keras.
  6. Campurkan pewarna merah dalam agar-agar selebihnya dan kemudian tuang perlahan-lahan di atas lapisan yg asal. Taburkan potongan cincau/agar-agar coklat sebagai biji tembikai.
  7. Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.

*untuk biji tembikai boleh juga digantikan dengan kismis.

 

 (II)Jelly oren

–  4 g serbuk agar-agar

–  500 ml air

–   5 sudu besar gula

–  sebiji oren(perah jusnya)

–  pewarna kuning

–  sedikit oren sunquick 

  1. Masukkan serbuk agar-agar, air dan gula di dalam periuk. Masak sehingga gula hancur.
  2. Kemudian masukkan perahan oren yang telah ditapis dan sedikit pewarna kuning dan merah(untuk mendapatkan warna oren). Untuk lebih rasa oren, letakkan sedikit oren sunquick (boleh diganti dengan perahan limau nipis).
  3. Masak sehingga sebati. Tuang di dalam acuan dan kemudian sejukkan.

 

 

(III)Jelly mango (rekaan sendiri)

–  4 g serbuk agar-agar

–  500 ml air

–  5 sudu besar gula

–  Sebiji mangga (blend isinya)

–  Pewarna kuning

–  Sedikit jus mangga 

*Cara yang sama seperti di atas

 

(IV)Puding kastard berkuah

–  1 cwn tepung kastard*

–  5 cwn air*

–  ½ cwn susu cair*

–  ½ cwn gula*

–  1 tin mix fruits(cocktail)

–  1 tin susu cair

–  1 tin air

–  1 cwn gula

  1. Masukkan kesemua yang bertanda* ke dalam periuk dan masak sehingga pekat.
  2. Tuang adunan ke dalam acuan dan sejukkan.
  3. Masak air bersama gula sehingga gula hancur dengan api yg perlahan. Tutup api.
  4. Kemudian sesudah sejuk, masukkan susu cair dan cocktail.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  6. Boleh di hidang bersama puding kastard.

 

 

Perkongsian oleh :

NOOR FARIHAH MOKHTAR

(Pemenang tempat kedua Pertandingan Iron Chef Akhawat 2011)

Tinggalkan komen anda