Home > Menu > Karya > Artikel > Resepi Riang Ria Raya

Resepi Riang Ria Raya

“Alamak! Tinggal beberapa hari lagi je nak raya. Sibuk sangat mengejar hari-hari terakhir Ramadhan ni. Agak-agak, sempat lagi ke nak buat kuih raya?”

Anda mengalami situasi di atas? Jangan risau kerana kami akan berkongsi beberapa resipi yang mudah dan sesuai dihidangkan di Aidilfitri. Jangan tunggu lagi. Cubalah hari ini!!

(i) Biskut Makmur

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandung
  • minyak sapi (sehingga doh boleh dikepal
  • 1 cawan gula halus (boleh diganti dengan gula biasa)
  • ***** Inti *****
  • Kurma yang di potong kecil
  • Gula icing untuk hiasan (salut) 

Cara-cara

  1. Gaulkan semua bahan (doh) sehingga lembut dan boleh dibentukkan
  2. Ambil doh dan leperkan.
  3. Masukkan inti(kurma yang dipotong kecil) ke dalam doh tersebut. Bentukkan bujur.
  4. Bakar dalam suhu 180’C selama 20 – 25 mnit (sehingga nampak masak)
  5. Sejukkan. Kemudian salutkan gula icing.

 

(ii) Biskut kacang

Bahan-bahan

  • 1 cwn mentega/ marjerin (boleh diganti dengan minyak masak)
  • 2 cwn gula halus
  • 2cwn tepung gandum
  • 3cwn kacang tanah yang digoreng dan dikisar
  • Telur kuning

 Cara-cara

  1. Masukkan mentega/marjerin ke dalam periuk kecil dan panaskan di atas api yang kecil.
  2. Masukkan gula dan kacang ke dalam bekas lain dan gaulkan sebati.
  3. Setelah mentega cair, masukkan ke dalam adunan (gula dan kacang) tadi.
  4. Kemudian masukkan tepung (boleh diayak jika perlu) dan gaulkan hingga sebati.
  5. Canai adunan dan bentukkan (mengikut kesukaan).
  6. Sapukan telur kuning ke atas biskut tersebut.
  7. Bakar dengan suhu 180’C selama 15 minit (sehingga telur kuning tadi tampak keperangan).

 

(iii) Kek batik simple

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk koko (kecil)
  • 1 tin susu cair / susu segar
  • 1 buku butter /1 cawan majerin
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • 1 1/2 paket biskut Marie

 Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk (kecuali biskut Marie).
  2. Cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil.
  3. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga pekat (anggaran masa 15 minit).
  4. Tutup api, kemudian masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
  5. Setelah itu, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan.
  6. Masukkan ke dalma peti sejuk untuk dikeraskan.

 

(iv) Tart 

Bahan-bahan

  • 200gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 150gm butter
  • 20gm tepung kastard
  • jem (perisa mengikut kesukaan)

 Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali jem kedalam mangkuk, kemudian gaul sehingga jadi doh.
  2. Bentukkan mengikut bentuk yang disukai, letakkan jem dan bakar selama 30minit.

 

 (v) Biskut Cornflakes Madu

 Bahan-bahan

  • 4 cawan cornflakes
  • ¼ cawan madu
  • ¼ cawan mentega
  • Papercup

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau sehingga mentega cair.
  2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
  3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi cornflakes tadi.
  4. Gaulsehingga rata.
  5. Sudukan cornflakes tersebut ke dalam papercup. Kemudian, bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

 

Perkongsian daripada : Unit Katering, di bawah Unit Perumahan PCZ 2011/12

One comment

  1. kek batik & biskut makmur…. memang terbaik

Tinggalkan komen anda