Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Penghargaan dan Tahniah Buat AJK Pelaksana Simposium

Penghargaan dan Tahniah Buat AJK Pelaksana Simposium

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus meniti penghujung Ramadhan yang beberapa hari sahaja lagi akan pergi meninggalkan kita. Mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita, siapa yang tahu!

Moga-moga segala ibadah kita sepanjang Ramadhan ini akan diterima oleh Allah sebagai amal kebaikan untuk kita, dan kita keluar dari madrasah Ramadhan pada tahun ini dengan mendapat keampunan Allah s.w.t.

Tahniah Kepada AJK Pelaksana

Simposium Mahasiswa Perubatan Islam baru sahaja melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, segala perancangan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan program seumpama itu yang julung-julung  kali diadakan oleh PERUBATAN telah mendapat respon yang sangat positif daripada peserta.

Saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua  AJK  pelaksana yang diketuai oleh Saudara Pengarah, Mohd Faris bin MohdHusin, dan Timbalannya, Nur Humairah Che Ibrahim; yang bertungkus lumus menjayakan program yang berlangsung selama  dua hari tersebut. Sikap “volunteerism” yang ditunjukkan oleh AJK pelaksana seharusnya diteruskan dan dibudayakan dalam komuniti PERUBATAN agar sikap seperti itu dapat melatih diri kita untuk terus bekhidmat dalam masyarakat apabila kita berkerjaya kelak.

Meneruskan Agenda Doktor Muslim

 

Secara umumnya, usaha untuk merealisasikan doktor muslim perlu dipertingkatkan, bukan sahaja dalam program yang dianjurkan, bahkan ia seharusnya menjadi matlamat setiap mahasiswa/wi perubatan. Istilah ‘Doktor Muslim’ seharusnya diluaskan skop definisinya. Seorang doktor muslim seharusnya mempunyai ‘niche’ dan meletakkan matlamat yang jelas dalam kerjaya sebagai seorang doktor pada suatu hari nanti. Oleh yang demikian, usaha ke arah itu perlulah dimulakan dalam setiap individu masing-masing supaya segala usaha kita jelas dan menepati matlmat yng disasarkan.

 

Justeru, marilah kita menjadikan Simposium Mahasiswa Perubatan Islam pada kali ini sebagai penggerak untuk kita memulakan langkah menuju matlamat tersebut.

 

Sekian, seeru ‘ala barakatillah.

 

 

 

hazwanrusli

 

Mohd Hazwan Bin Rusli

 

Setiausaha Agung PERUBATAN sesi 11/12

merangkap

Ex-Officio Simposium Mahasiswa Perubatan Islam.

 

Tinggalkan komen anda