Home > Menu > Karya > Artikel > Makan Malam Bersama Musyrif

Makan Malam Bersama Musyrif

 

Ayu: Nini, awak berbuka di mana hari ini?

Nini: Ehm, tak tahu lagi. Mungkin saya masak di rumah sahaja. Kenapa?

Ayu: Tak ada apa-apa. Ingatnya nak ajak awak berbuka sekali.

Nini: Oo.. Iya ke? Awak nak masak ke? Boleh aja. Best ni.

Ayu: Erk, tak lah. Saya teringin nak berbuka di restoran sea food la malam ni. Jom la sekali. Ramai-ramai lagi seronok.

Nini: Eh, bukan kah peraturan menetapkan tak boleh keluar malam? Nanti teserempak dengan JAKSI pula.

Ayu: Kita ajaklah musyrif. Saya dah tanya Naim dengan Muaz tadi. Mereka okay dengan syarat saya belanja mereka.

Nini: Hmm.. Tapi kan saya tak sedap hati lah. Perempuan kan tak elok keluar malam. Ini kan pula bulan-bulan puasa macam ni. Awak betul ke nak berbuka kat sana ni?

Ayu: Ala.. Leceh lah macam ni. Nak bukak puasa je pun. Bukan apa. Kalau awak tak nak tak mengapa. Saya boleh ajak orang lain.

Nini: Ayu, saya bukan tak sudi. Kita ni perempuan, Ayu. Fitnah dunia. Islam ajar, tak elok perempuan keluar malam. Walaupun kita bertemankan musyrif, tapi perkara tu tetap kurang manis kan. Bukan kah kita sama-sama nak berusaha jadi perempuan solehah?

Ayu: Ala. Memang lah saya nak jadi baik. Tapi, awak kan kenal saya. Saya memang suka makan di luar. Bulan puasa ni, mana boleh makan siang, jadi terpaksa lah keluar malam.

Nini: Okay, Saya nak tanya awak sikit. Kalau kat Malaysia mak ayah awak bagi tak awak keluar malam?

Ayu: Erk, boleh je. Tapi keluar dengan mereka la. Nini: Haa, tengok tu. Kalau tak dengan mereka, mak ayah awak tak bagi kan keluar malam? Kita ni dah lah jauh dari mak ayah, lepas tu keluar malam pula. Apa kata awak beli bungkus aje?

Ayu: Erm, tak best la. Tak mengapa lah Nini. Kalau awak tak nak ikut, tak payah la cakap banyak. Saya puasa ni.

Nini: Ok la Ayu. Minta maaf la. Sebab awak kawan saya la saya cakap semua ni. Moga puasa kita Ramadhan tahun ni dapat disempuarnakan dengan sebaiknya. Janganlah disebabkan perkara-perkara kecil, perkara remeh seperti keluar malam ni kita terlepas pandang.

KESIMPULAN: Islam amat menitikberatkan kehormatan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Pelbagai kejadian yang tidak diingini terhadap wanita sering kedengaran di merata-rata tempat, khususnya pada malam hari. Islam tidak menganjurkan wanita untuk keluar rumah terutama pada malam hari tanpa urusan penting. Namun, bagi mereka yang berhajat untuk keluar atas keperluan yang dituntut oleh syara’seperti beribadah dan menuntut ilmu, beberapa panduan dan syarat telah digariskan:

  • Keluar ditemani mahram atau musyrif
  • Tidak memakai wangian dan menjaga aurat

Budaya tegur-menegur amatlah dituntut. Namun, tak ramai yang suka untuk menegur kerana salah satu akibat yang bakal dihadapi adalah menerima sebarang sindiran dari insan yang ditegur. Walaupun begitu, adakah kita hanya ingin membenci dengan hati perkara yang kurang elok tu sedangkan kita ada kemampuan untuk menegur? Sesungguhnya membenci dengan hati adalah selemah-lemah iman.

Nini: Eh Ayu, esok malam 27 Ramadhan kan? Nak tak kita pergi solat terawikh di Masjid Amru? Dengarnya PERUBATAN sediakan perkhidmatan musyrif malam tu?

Ayu: Erk.. (malasnya) tak apa la. Saya ingat nak solat kat rumah je.

Nini: Ala, jomlah. Bukan selalu ni.

Ayu: Hmm, okay lah. Awak nak pergi pukul berapa?

 

Artikel ini disediakan oleh Unit Pengisian JAKSI PERUBATAN

Tinggalkan komen anda