Home > Menu > Karya > Artikel > Sajak Terima Kasih Ayah

Sajak Terima Kasih Ayah

 


Duhai ayahanda,

Tiada usaha mampu dilaksana,

Bagi membalas segala jasamu,

Tiada kudrat yang mampu ditabur,

Untuk membalas luluh keringatmu,

Tiada kata mampu ku tutur,

Selain, “terima kasih ayah”.

Duhai ayahanda,

Dari kejauhan anakanda menadah tangan,

Memohon doa kepada Tuhan,

Agar ayahanda terus diberi kekuatan,

Supaya tetap segar berdiri,

Dalam mamahan usia ini,

Meneruskan kehidupan yang mendatang.

Duhai ayahanda,

Maafkan anakanda,

Dalam kealpaan juga kelalaian,

Menunaikan tanggungjawab seorang anak,

Maafkan anakanda,

Dalam kebiadapan bertutur kata,

Maafkan anakanda,

Dalam kedegilan menurut kata.

Duhai ayahanda,

Ketegasanmu terselit kasih sayang,

Teguranmu terselit harapan,

Agar anakanda menjadi anak soleh.

Duhai ayahanda,

Terima kasih ayahanda,

Tanpa mengira masa,

Tanpa mengenal ketika,

Ayahanda sentiasa mendoakan kesejahteraan,

Mendoakan kejayaan,

Untuk anakanda tersayang.

Duhai ayahanda,

Di kala kesedihan,

Ayahanda sentiasa berada di sisi,

Memberi semangat dan harapan,

Di kala kegembiraan,

Ayahanda sentiasa di sisi,

Bersama-sama tersenyum gembira.

Duhai ayahanda,

Keterbatasan jarak,

Keterbatasan masa,

Menjarakkan kita berdua,

Tetapi ayahanda,

Sungguh dan sebenar-benarnya,

Ayahanda sentiasa dekat,

Terlalu dekat di hati ini,

Walau tanpa disedari,

Darah ayahanda sentiasa mengalir,

Terus menyubur hati sanubari,

Menyubur anakanda di rantau ini.

Terima kasih ayahanda…

Disediakan oleh:

Unit Penerbitan dan Penerangan PCZ 2011/12.

Tinggalkan komen anda