Home > Menu > Berita > Pelajar Terbaik Fakulti Farmasi : Khadijah binti Abdul Razak

Pelajar Terbaik Fakulti Farmasi : Khadijah binti Abdul Razak

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar semua? InsyaAllah, masih bersemangat meneruskan perjuangan bukan?  Yakin mampu mencipta kejayaan melebihi kebiasaan? InsyaAllah, jika sahabat kita ini boleh, maka, tiada yang mustahil,  kita juga mampu!

KHADIJAH BINTI ABDUL RAZAK, suatu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi jurusan  farmasi Universiti Zagazig. Mumtaz selama 2 semester berturut-turut, mahasiswi ini telah terpilih menerima Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Farmasi pada bulan Mei yang lalu. Beliau merupakan pelajar ketiga terbaik daripada keseluruhan pelajar tahun 1, termasuk pelajar tempatan, bagi sesi pengajian 2009/2010. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan.

Ditanya mengenai cara belajar, sepantas kilat, sahabat di sebelah menjawab,  “Eja sangat rajin, study non stop, sangat kuat semangat,  sangat rajin jumpa pensyarah, jaga solat, mengaji setiap waktu, bilik sangat-sangat  kemas”.

Sahabatnya  menambah, beliau seorang yang sangat memanfaatkan masa. “Mana-mana sahaja, dia boleh belajar. Eja tak main internet, tak tengok movie, kalau dia tak tahu nak buat apa, dia belajar”

Selain itu, istilah belajar last minute tidak wujud dalam kamus hidupnya,  Eja merupakan seorang yang sangat istiqamah dalam pembelajaran. Beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas, terus berjumpa pensyarah andai ada yang tidak difahami dan akan menyalin semaksimumnya  nota di dalam kelas. Bersedia setiap masa, bermula dari awal, beliau akan memastikan setiap kali sebelum peperiksaan , beliau telah mengulang dan menghafal setiap inci sesuatu topik itu dengan optimumnya sekurang-kurangnya 3 kali. Bagaimana kita? Akan mengusahakan sebaik mungkin, ALL OUT, dan yakin tiada apa yang mustahil, mahasiswi ini akan mencurahkan setiap apa yang diketahuinya dalam kertas peperiksaan.

Ditanya kunci kejayaan sebenar, dengan yakinnya Eja menjawab, tidak lain tidak bukan, hanyalah PERTOLONGAN DARI ALLAH. Beliau  mengatakan setiap kekuatan, daya ingatan, daya hafalan, kefahaman, kerajinan, semangat dan setiap segala sesuatu datang dari Allah. Apabila berjaya, Eja tidak merasakan langsung kejayaan itu datang dari dirinya, baginya segala-galanyanya dari Allah semata-mata. “Allah sentiasa ada dengan kita, tinggal kita sahaja yang nak minta dari Dia”. Beliau yakin dan berpegang, bahawasanya, TIADA APA YANG MUSTAHIL DENGAN ADANYA PERTOLONGAN ALLAH.

Sahabat-sahabat yang lain, bagaimana dengan kita? Jika Siti Khadijah mampu, mengapa tidak kita? Jika beliau berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama pelajar-pelajar terbaik tempatan, maka, kita juga pasti boleh! Jom, jangan kita sekadar menumpang gembira, mari kita sama-sama menggembirakan.

Sekali lagi, PCZ bersama seluruh warganya, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Siti Khadijah Abdul Razak atas kejayaan yang membanggakan ini. InsyaAllah, moga kejayaan ini menjadikan suntikan dan pembakar semangat kepada seluruh warga PCZ yang lain untuk sama-sama berjaya. Kepada Siti Khadijah, semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi dengan lebih baik pada masa hadapan. Salam imtihan kepada semua.

 

~KE ARAH MENJADIKAN AKADEMIK IDENTITI PCZ~

Unit Akademik PCZ 2011

5 comments

  1. best result for the best student. this is the best post during exam period. congratz Eja :)-
    -Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out-

  2. Tahniah dan Alhamdulillah….Sejuk hati ayah enti (Dr Razak) dan Ibu yang mengandungkan 9 bulan..

  3. tahniah mak tam…..dr afiq-glasgow

  4. Tahniah… Inilah contoh pelajar yg kita patut banggakan…

  5. omg..nape i baru tahu??terror lah eja ni…keep it up the good works..Allah ma’aki..=)

Tinggalkan komen anda