Home > Menu > Berita > Pimpinan PERUBATAN Pusat dan Cawangan Bersua Muka

Pimpinan PERUBATAN Pusat dan Cawangan Bersua Muka

Tanta, 20 Mei- Satu pertemuan ringkas telah diadakan diantara pimpinan PERUBATAN Pusat diketuai oleh Presiden PERUBATAN, saudara Syafiq bin Hamdani dan pimpinan PERUBATAN Cawangan diwakili oleh Pengerusi setiap cawangan bertempat di markaz PERUBATAN cawangan Tanta.

Pertemuan tersebut telah diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama diantara pimpinan PERUBATAN dan sebagai usaha untuk memastikan agenda kesatuan dalam PERUBATAN sesi 2011/2012 dapat dicapai.

Antara perkara penting yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkenaan isu kuliah dan persediaan PERUBATAN dalam menghadapi program musim panas pada bulan Julai ini. Perbincangan berkenaan masalah sosial yang timbul dalam kalangan ahli PERUBATAN turut ditimbulkan bagi membina satu modus operandi yang berkesan di peringkat gerak kerja PERUBATAN.

Memetik ulasan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah, saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh dalam pertemuan tersebut, “Kesatuan itu bermula dari akar umbi kepimpinan, dan sebagai ahli PERUBATAN kita perlu sedar hubungan ahli PERUBATAN antara cawangan hendaklah sentiasa dipereratkan”.

“Jadikan PERUBATAN ini sebagai medan untuk seluruh bakal doktor keluaran Mesir ini untuk bersatu”, ujar saudara Muhammad Haris Fadlillah selaku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah ketika ditemui selepas pertemuan berakhir.

Tinggalkan komen anda