Home > PERUBATAN Pusat > Laporan Majlis Penutup Medicophilic Month 2011

Laporan Majlis Penutup Medicophilic Month 2011

Berlokasi di Dewan Utama, Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK), Majlis Perasmian Penutup Medicophilic Month (MeM) 2011 telah pun berlangsung tanggal 29 April 2011 bersamaan 25 Jamadil Awal 1432H. Sebelum upacara penutupan diadakan, di sebelah pagi dan petangnya telah diadakan pertandingan akhir bagi pertandingan kuiz, debat dan pengucapan awam (public speaking).

Pada sebelah pagi telah diadakan pertandingan kuiz, seramai 25 finalist kuiz telah memerah otak menjawab soalan-soalan berkaitan isu semasa dan kempen sepanjang MeM yang ternyata menguji minda dan pengetahuan am mereka. Seterusnya selepas selesai solat Jumaat, pertandingan debat akhir antara Universiti Kaherah selaku kerajaan dengan Universiti Ain Shams selaku pembangkang diadakan. Mereka memperdebatkan isu “Globalisasi Satu Ancaman” dimana kedua dua pihak saling berbalas hujah dan menjadikan perlawanan cukup sengit.

Usai pertandingan bahas, pertandingan akhir pengucapan awam dijalankan. Seramai 6 finalist bertanding dengan pelbagai aksi dan gaya yang tersendiri dan menarik demi menambat hati para juri dan penonton.

Seterusnya majlis penutupan yang penuh gilang gemilang yang juga merupakan acara kemuncak bagi program tersebut telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 7.40 malam dan berlanjutan sehingga jam 9.40 malam. Majlis pada malam kemuncak tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Presiden PERUBATAN, Saudara Syafiq bin Hamdani serta beberapa orang lagi AJK Tertinggi persatuan. Bacaan doa yang diimami Saudara Muhammad Nabil al-Hanis bin Abdul Kadir telah menbuka tirai majlis perasmian tersebut.

Majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan daripada Pengarah Program Medicophilic Month (MeM), saudara Khairul Farhan bin Khairudin. Beliau merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak yang telah bertungkus-lumus dalam usaha menjayakan program yang telah berlangsung selama sebulan itu terutamanya barisan penggerak program serta tidak ketinggalan sokongan berterusan daripada ahli PERUBATAN sendiri terhadap pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Seterusnya, Saudara Syafiq bin Hamdani selaku Presiden PERUBATAN dalam ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan majlis penutupan MeM 2011 telah menyentuh berkenaan tiga elemen yang menjadi teras kepada perjalanan program tersebut; akademik, kepimpinan dan juga kesatuan.

Beliau menekankan bahawa sikap menuntut ilmu yang berterusan seharusnya menjadi budaya bagi setiap individu khususnya ahli PERUBATAN sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Begitu juga, beliau menyentuh berkenaan betapa besarnya harapan persatuan untuk mengembalikan kesatuan antara ahli PERUBATAN sendiri melalui pelaksanaan program Medicophilic Month tersebut yang melibatkan penyertaan menyeluruh daripada seluruh Mesir.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan sijil dan penyampaian hadiah kepada para juri pertandingan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Antara pertandingan yang telah berjaya diadakan termasuklah pertandingan kuiz, pertandingan mengarang artikel, pertandingan merekacipta video, pertandingan pengucapan awam serta pertandingan bahas.

Senarai pemenang bagi pertandingan-pertandingan adalah seperti berikut:

Pertandingan Kuiz:

Tahun 1
1) Nurul Hakimah binti Abd. Latif, Universiti Al-Azhar
2) Ahmad Afiq Fadhli bin Ramli

Tahun 2
1) Abul Akmal Arif bin Anuar, Universiti Kaherah
2) Nur Akma Anis binti Tajuddin, Universiti Kaherah

Tahun 3
1) Nur Idayu binti Shafie, Universiti Kaherah
2) Muhammad Umair bin Abdullah Zen, Univeriti Ain Shams

Tahun 4
1) Sabihah binti Inche Ibrahim, Universiti Kaherah
2) Azliani binti Ismail, Universiti Ain Shams

Tahun 5
1) Abdul Rahman bin Nik Mazian, Universiti Kaherah
2) Fashihah Sherina binti Abdul Hadi Sabri, Universiti Kaherah

Pertandingan Penulisan Artikel (Bahasa Melayu):

1) Nafsah binti Dulajis, Tahun 5 Universiti Zagazig
2) Muhammad Ihsan bin Khalid Jaafar, Tahun 1 Universiti Kaherah.

Pertandingan Penulisan Artikel (Bahasa Inggeris):

1) Syamsuddin bin Faruok, Tahun 3 Universiti Zagazig
2) Effy Saiful bin Mohd Fathil, Tahun 5 Universiti Al-Azhar

Pertandingan Video:

1) Kushairi bin Zuradi, Tahun 4 Mansoura-Manchester programme, Universiti Mansoura
2) Abdul Rahman bin Dashuki, Tahun 3 Universiti  Iskandariah
3) Muhammad Hayyan Affiq bin Muhd Lutfi, Tahun 1 Universiti Ain Shams

Pertandingan Public Speaking:

1) Mohamad Farhan bin Mohd Nasarudin, Tahun 1 Universiti Al- Azhar
2) Syaimaa binti Ahmad, Tahun 3 Universiti Kaherah
3) Ahmad bin Abdul Rahim, Tahun 1 Universiti Kaherah

Pertandingan Debat (Globalisasi: Satu Ancaman):

Usul diterima 4-3

1) Kerajaan: Universiti Kaherah
Umairah binti Norazman
Muhammad bin Rahimi
Ellya Nabila binti A. Jalil (pembahas terbaik)

2) Pembangkang: Universiti Ain Shams
Khairul Anwar bin Razali
Muhammad Afifi bin Yusuf
Siti Maryam binti Dicky

Selepas kesemua hadiah disampaikan kepada para pemenang, pihak pengajur program telah mengumumkan Tokoh Anugerah Cemerlang sesi 2011/2012. Tokoh pelajar lelaki telah dianugerahkan kepada Saudara Muhammad Yazid bin Hanzir tahun 3, Universiti Al-Azhar manakalala tokoh pelajar perempuan telah dianugerahkan kepada Saudari Sabihah binti Inche Ibrahim, tahun 4 Universiti Kaherah.

Sebelum berakhir, pihak Setiausaha Agung PERUBATAN telah mangambil satu slot khas pada majlis pada malam tersebut untuk melancarkan satu jawatankuasa khas di bawah PERUBATAN yang dikelolai pihak Setiausaha Agung sendiri. Badan yang dilancarkan berasaskan matlamat untuk mencari individu-individu yang mampu untuk menyumbangkan tenaga dalam berkhidmat di dalam PERUBATAN secara sukarela telah diberi nama PERUBATAN Frontliners Council (PROF).

Dalam slot tersebut, Saudara Hazwan bin Rusli selaku Setiausaha Agung PERUBATAN telah mengepalai sesi pengenalan serta pelancaran PROF secara rasmi. Beliau sendiri telah membentangkan latar belakang badan tersebut disertai dengan tujuan, matlamat, sasaran dan faedah berkenaan pelaksanaan projek PROF tersebut demi kecemerlangan PERUBATAN pada masa akan datang.

Tirai majlis kemuncak pada malam tersebut dilabuhkan dengan tayangan video penutup MeM 2011 yang menayangkan sedutan-sedutan rakaman kesemua aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dilangsungkan selama sebulan sepanjang program tersebut dilaksanakan.

Disediakan oleh,

Noor Farhanah binti Tauhid Ahmad
Setiausaha,
Medicophilic Month (MeM) 2011.

1 May 2011

Tinggalkan komen anda