Home > Menu > Karya > Artikel > Kafein? Tak boleh?

Kafein? Tak boleh?

Kopi merupakan salah satu minuman paling popular dalam dunia selain dari teh, minuman berkarbonat dan sebagainya.  Ini dibuktikan dengan pelbagai jenama berkaitan dengan kopi (seperti nescafe, bonjourno, kopi radix, starbuck dan banyak lagi) sudah sebati dengan kehidupan seharian kita terutama dalam kehidupan kita sebagai pelajar. Ramai yang gemar meminum kopi dengan berpendapat bahawa kopi boleh membantu mereka menumpukan perhatian dengan pelajaran dan membantu mereka berjaga malam untuk belajar lewat malam.

Ramai yang tahu yand kopi mengandungi kafein. Kopi sudah sinonim sebagai sumber utama kepada kafein. Kajian yang dibuat di Amerika menyatakan 90% daripada golongan dewasa mereka mengambil kafein dan kajian lain menyatakan kopi merupakan sumber utama kepada kafein berbanding sumber lain seperti teh, coklat, minuman berkarbonat dan sebagainya.

Kebaikan Kafein

Banyak kajian telah dilakukan berkaitan dengan kopi. Doktor selalu menasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kafein kerana kesan buruknya kepada sistem saraf. Namun, kajian terbaru menunjukkan kafein juga mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti:

  • Minum 2-3 cawan kopi sehari boleh mengurangkan risiko masalah kencing manis
  • Dapat mengurangkan risiko insiden beberapa jenis kanser
  • Mengurangkan risiko penyakit Parkinson dan  penyakit Alzheimer
  • Mengurangkan risiko masalah hati dan hempedu
  • Membantu masalah lelah dan sakit kepala dan boleh merangsang emosi
  • Mengelakkan pembentukan kaviti
  • Boleh meningkatkan tumpuan, kefahaman dalam pembelajaran
  • Meningkatkan kepekaan (Alertness) dan menghilangkan rasa penat

Keburukan Kafein

Terdapat asas kenapa ramai doctor tidak menggalakkan pengambilan kafein secara berlebihan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kafein menyebabkan masalah dengan sistem saraf seperti mudah menjadi cemas (anxiety), stress dan mengidam sesetengah jenis makanan. Kafein juga dikatakan boleh menyebabkan masalah ketagihan, namun topik ini masih dibincangan oleh pakar . Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyumbang kepada beberapa masalah lain:

  • Menyebabkan tekanan darah tinggi – boleh menyebabkan masalah  strok atau angin ahmar.
  • Menyebabkan masalah muscle tremor
  • Fungsi sebagai diuretic – ada beberapa pakar nutrisi mengatakan air kopi tidak boleh dikira dalam kiraan pengambilan cecair harian di mana 8 gelas air digalakkan setiap hari
  • Menyebabkan sukar untuk tidur
  • Withdrawal symptom – di mana boleh menyebakan pening kepala, kelesuan dan menjadikan seseorang itu kurang peka

Kuantiti pengambilan yang dicadangkan

Terdapat beberapa kajian mengenai kuantiti maksima kafein yang boleh diambil tanpa mengakibatkan kesan sampingan pada kesihatan. Canada Health mengesyorkan pengambilan kafein adalah tidak melebihi 400mg setiap hari. US Food And Drug Administration (FDA) pula menyatakan pengambilan kafein dalam kuantiti sedarhana (200-300mg setiap hari) dikira sebagai selamat. Namun, kuantiti yang disyorkan sebelum ini adalah untuk golongan dewasa. Kuantiti yang disyorkan kepada wanita mengandung, kanak-kanak dan warga tua adalah lebih rendah daripada nilai yang disyorkan kepada golongan dewasa.

Kopi dalam kehidupan seharian

Memang tidak dinafikan meminum kopi ada baik dan buruknya. Namun kita harus bijak mengawal pengambilan kafein untuk mengelakkan kesan buruknya. Dalam kehidupan seharian, 2-3 gelas kopi sehari sudah memadai. Sekian.

Kebajikan Diutama, Keselesaan Ahli Yang Pertama

Unit Kebajikan PCZ 11/12

Tinggalkan komen anda