Home > Menu > Karya > Artikel > Revolusi Diri

Revolusi Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbkt. Alhamdulillah, puji-pujian hanyasanya pada Allah, selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w.

Sahabat-sahabat sekalian,

Firman Allah Taala yang bermaksud,
“Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-Asr : 1-3)

Alhamdulillah, saat yang ditunggu-tunggu kita akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Ahad, 20 Mac 2011, pastinya semua sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan kuliah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian, apakah kita benar-benar sudah bersedia? Dan, bagaimanakah kita memilih untuk memulakan dan meneruskan sesi kuliah ini setelah sebulan lebih bercuti?

Negara Mesir telah mengalami revolusinya. Bagaimana kita? Ada pembaharuan atau penambahbaikan? InsyaAllah, saya yakin dan pasti ramai yang ingin berevolusi.

Jadi, jom sama-sama kita :

1. SIFAR PONTENG! – buang ponteng dari kamus hidup kita. Jadikan kehadiran ke kelas sebagai suatu amanah, keutamaan dan bukannya pilihan ataupun sekadar mengisi masa lapang. Teori atau praktikal, sama sahaja. Andai ada peperiksaan dan perlu ulangkaji sekalipun, ponteng kelas tidak patut menjadi faktor-faktor kejayaan. Kelas bosan, tidak faham, – kita yang patut mengubahnya.

2. AWAL 5 MINIT – sama-sama kita hadir awal ke kelas. Latih disiplinkan diri dari sekarang. 5 atau 10 minit kelewatan itu bukan sedikit sebenarnya, apatah lagi jika kita sengaja. Andai dalam alam kerjaya sebenar nanti, bayangkan berapa nyawa telah kita main-mainkan. Datang awal, tunjukkan rasa hormat terhadap para pensyarah, ilmu dan rakan-rakan kita. Jangan kerana kita, hak mereka yang lain terabai bersama.

3. BUDAYAKAN BELAJAR – tamat kelas, cuba untuk ulangkaji secepat mungkin. Jangan bertangguh. Budayakan bertanya dengan para pensyarah, adakan perbincangan bersama-sama rakan-rakan, belajar secara berterusan dan tidak ‘last minute’. Bawa buku ke mana-mana. Capai kejayaan dalam keadaan kita sentiasa menjaga adab-adab sebagai penuntut ilmu. Try to have a life as a real medical and pharmacy student, but in an enjoyable way. STUDY HARD and STUDY SMART. Jadi seorang yang dahaga, cinta dan hormat akan ilmu.

4. PAKAI KEMAS – kemas dalam setiap keadaan, latih diri untuk jadi muslim professional.

Kami benar-benar menyeru seluruh warga PCZ untuk kita sama-sama perbaiki diri. Mulakan dengan penambaikan rohani dan seterusnya segala aspek-aspek lain. Mumtaz dalam hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan manusia, insyaAllah, akan mumtaz dalam akademik jua. Benar-benar tanamkan dalam diri, tekad dan azam yang kuat, terjemahkan dalam amalan, bahawasanya kita adalah PENUNTUT ILMU, wajib MENUNTUT ILMU, dan seterusnya BERJAYA. Mumtaz bukanlah ukuran kejayaan, tetapi perjalanan menuju ke arahnya yang lebih penting.

Ada lebih kurang 3 hari sebelum memulakan kuliah,gunakan masa yang ada untuk ulangkaji sebaik-baiknya. Warm up, jangan terkejut , jangan blur Ahad ini. Cukup memberi alasan, cukup kata tak boleh belajar, cukup menipu diri sendiri. Pelajar tahun 3 contohnya, andai maksud inflammation pun masih terkapai-kapai menjawabnya, ajak-ajaklah diri untuk belajar. KITA BOLEH!

Sekali lagi, lillahi taala, jom sama-sama kita – SIFAR PONTENG – AWAL 5 MINIT – BUDAYAKAN BELAJAR – PAKAI KEMAS, bersedia ke kuliah.:) Ini bukan sekadar kata-kata. Terjemahkan ia!

Jom Pakat Study. Sama-sama mumtaz. InsyaAllah.

~ KE ARAH MENJADIKAN AKADEMIK IDENTITI PCZ~
UNIT AKADEMIK PCZ 2011

Tinggalkan komen anda