Home > Menu > Karya > Artikel > Mumtaz dari rumah, Jom Cari Jalan

Mumtaz dari rumah, Jom Cari Jalan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbkt. Alhamdulillah, puji-pujian hanyasanya pada Allah, selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat kurniaan Allah yang tidak terkira banyaknya. Sahabat-sahabat sekalian, bagaimana dengan nikmat masa lapang? Apakah setiap saat terisi dengan bermanfaat?
”Aaarrgghh…saya nak sangat study, tapi tak boleh. Macam-macam dugaan, godaan kat rumah ni. Malas berganda-ganda. Bukan saya yang baca buku, buku yang baca saya..nak jalan-jalan,tengok tv, tolong ma, jaga adik, nak sambut anak buah baru..haa..tak boleh, tak boleh!”
Benar, sukar. Tetapi, ada yang boleh, kenapa tidak kita? Jom, tengok-tengok, insyaAllah,andai boleh diikut, ikut apa yang mereka buat. Ambil yang jernih, buang yang keruh.

1. Tetapkan niat lillahitaala, betul-betul azam dalam hati, dalam kepala. “Sahaja aku belajar kerana Allah taala”. “Aku kena belajar, aku boleh!” Jangan niat separuh hati, nanti yang dapat, suku barangkali. Tidak negatif, positif sentiasa.

2. Mulakan belajar dengan senyuman, hati yang gembira, semangat! Basmallah, doa, sudah pasti sekali. Jangan berdoa ketika ingin belajar untuk peperiksaan sahaja..:)

3. Cari masa, tempat yang paling sesuai untuk belajar. Nyahkan segala halangan, godaan. Study depan laptop, tv, atas katil? Hebat jika mampu..:)

4. Belajar, perlukan perancangan. Tetapkan matlamat, prioriti. Matlamat – “hari ni, aku mesti habiskan dari sini ke sini”. Prioriti –sebagai contoh, baca yang tidak pernah dibaca. Lebih baik, jika ada jadual, ada countdown.

5. Belajar, need partner and competitor. Cari seorang dua rakan, boleh ajak-ajak belajar, boleh bersaing-saing, boleh bersoal-soal. Lebih baik, andai boleh STUDY GROUP. Tiada yang mustahil. Kalau boleh berkumpul, tafaddal. Kalau tidak, berbincang secara maya juga tiada masalah.

6. Tidak boleh belajar cara biasa? Tukar cara belajar. Tidak mampu membaca, cuba jawab soalan. Cuba bersoal jawab. Cari inisiatif lain, mungkin video, youtube, apa sahaja. Kalau nak, pasti ada caranya. Tidak boleh belajar secara serius? Petang-petang, lepak-lepak, boleh baca sikit-sikit. Nak lebih seronok, belajar bersama adik-adik.

7. Tidak mampu disiplinkan diri, tetap untuk belajar? Minta bantuan ibubapa, keluarga. “Ma, saya nak belajar, kalau main-main, marah, babab ya!”

8. Tidak bawa pulang buku? ZAP ada. Gunakan seoptimumnya.

9. CUKUP MEMBERI ALASAN, CARI JALAN! Tambahan, jangan jadikan alasan sudah hampir masanya untuk pulang, maka tidak belajar..manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Malu, tercabar dengan seorang sahabat, bertekad ingin menghabiskan semua buku sebelum pulang ke Mesir..Nah! Dia boleh, kenapa tidak kita?

10. Jangan stress, belajar dengan gembira insyaAllah. Bak kata seorang sahabat, kempen nanti, biar euphoria ya.

Saya pinjam kata-kata seorang senior, MAKNAKAN SESAATMU, jadi, JOM PAKAT STUDY!. Sama-sama kita cari kekuatan , kerajinan, keistiqamahan, dan InsyaAllah, moga dipermudahkan Allah. MUMTAZ DARI RUMAH!

~KE ARAH MENJADIKAN AKADEMIK IDENTITI PCZ~
ZAGAZIG ACADEMIC PANELIST
UNIT AKADEMIK PCZ 2011

Tinggalkan komen anda