Home > Menu > Kenyataan Rasmi > Penjelasan Isu

Penjelasan Isu

Assalamualaikum w.b.t
Menemui warga PERUBATAN yang dikasihi sekalian.
Beberapa isu yang perlukan pengetahuan dan penjelasan kepada  ahli bagi memudahkan pergerakan anda semua terutamanya dalam memastikan kepulangan kita ke Mesir berada dalam keadaan selamat.
1. Maklumat terkini hasil rundingan KPT Malaysia bersama pihak pentadbiran universiti di Mesir.
Dimaklumkan supaya ahli sentiasa mengikuti perkembangan rundingan ini di web ini untuk sebarang tindakan lanjut.
2. Untuk makluman juga, pihak KPT Malaysia memohon agar semua pelajar di Mesir untuk mendaftarkan nama secara detail di sini. Saya secara peribadi memohon agar untuk pendaftaran ini disebar luaskan bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet kerana sebarang arahan dari pihak KPT akan terus dirujuk kepada pelajar selepas ini menggunakan data yang diberikan pelajar dalam sistem data yang telah disetkan tersebut.
3. Berhubung isu tambang pulang ke Mesir, setakat perbincangan awal pihak PERUBATAN bersama pihak KPT dan kerajaan, belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh pihak kerajaan berkenaan isu ini. Namun, ada beberapa kerajaan negeri yang sudah menyatakan persetujuan untuk menampung perbelanjaan tersebut. Nasihat saya sekali lagi kepada semua rakan-rakan agar dapat bersabar dan kita berdoa agar kepulangan kita ke sana turut dapat ditampung oleh pihak bertanggungjawab.Masalah ini telah dimaklumkan kepada pihak kerajaan dan PERUBATAN akan cuba memastikan kebajikan akademik ahli dan kepulangan pelajar ke sana diuruskan dengan baik oleh pihak bertanggungjawab. Untuk pengetahuan,PERUBATAN sedang mengusahakan satu memorandum bagi memohon kerajaan negeri, kerajaan  pusat serta penaja-penaja agar dapat menampung perbelanjaan pulang para pelajar ke Mesir.
4. PERUBATAN dimaklumkan ada beberapa agensi mengambil inisiatif untuk bertindak sendiri membawa pulang pelajar ke Mesir. Setelah perbincangan dibuat bersama pihak KPT, KPT menjelaskan bahawa sebarang rundingan pihak KPT Malaysia bersama pentadbiran universiti diuruskan oleh pegawai Education Malaysia yang ada di Mesir, dan KPT tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk berunding dengan pihak universiti. Inisiatif yang diambil oleh pihak agensi tersebut adalah atas kapasiti mereka sendiri yang telah membincangkan tarikh sesuai kepulangan pelajar ke universiti masing-masing. Pihak KPT juga memaklumkan sebarang kepulangan pelajar mestilah menunggu isyarat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan kebenaran pulang ke  Mesir yang setakat ini masih belum lagi dikeluarkan. update 22 Februari 2011.Justeru, bagi pelajar yang berhasrat untuk pulang juga mengikut rancangan yang telah dibuat oleh agensi masing-masing, pihak KPT meminta agar dimaklumkan kepada Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara atas kepulangan anda ke Mesir. Pelajar juga hendaklah maklum bahawa keputusan untuk pulang awal ini di bawah tanggungjawab masing-masing.Nasihat kami di peringkat PERUBATAN bagi mereka yang berhasrat untuk pulang awal ke Mesir agar dapat pulang secara berkumpulan dan memaklumkan kepulangan anda kepada pihak yang telah saya sebutkan di atas. PERUBATAN tidak pernah menghalang pelajar untuk pulang awal ke Mesir, pelajar bebas untuk membuat keputusan sendiri dan anda bertanggungjawab atas keputusan yang telah dibuat.
Saya berharap agar semua ahli dapat bertenang dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak KPT Malaysia berhubung pergerakan kita selepas ini. Sama-samalah kita berdoa agar kemelut ini dapat diselesaikan segera dan kita dapat pulang ke Mesir seberapa segera yang mungkin untuk meneruskan sesi pengajian yang tertangguh.
Sekian, terima kasih.
Muhammad Husaini Saleh,
Presiden PERUBATAN Sesi 2010/2011.

Tinggalkan komen anda