Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > LAPORAN SMART CIRCLE INC. 2010 (AKHAWAT TAHUN 2)

LAPORAN SMART CIRCLE INC. 2010 (AKHAWAT TAHUN 2)

11 APRIL 2010: Smart Circle Inc. 2010 bagi akhawat tahun 2 merupakan majlis penutup kepada aktiviti Smart Circle yang akan ditangguhkan sempena musim peperiksaan yang bakal menjelma.Sekitar jam 8.00 malam,para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Perubatan tahun dua akhawat mula memenuhi Dewan Darul Wehdah untuk sama-sama memeriahkan majlis yang telah lama dinanti-nanti ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Unit Pembangunan Insan,Dr. Siti Najwa bt Roslan, seterusnya disusuli oleh ucapan perasmian yang bersemangat oleh Timbalan Pengerusi 2, Dr. Azlizan bt Supian.Dalam kalam ucapannya,beliau mengingatkan mahasiswi-mahasiswi tentang kepentingan niat dalam setiap amalan seharian.
Seterusnya,majlis diteruskan dengan slot ringkasan terjemahan ‘Kitab Doktor Adab Dan Fiqh’ karangan Dr.Zuhair Ahmad As-Sibaie dan Dr. Muhammad Ali Albar yang telah disampaikan oleh Dr.Norhana bt Rahmat.Penerangan serba ringkas itu cukup memberi kesan tentang hala tuju mahasiswa/wi yang akan bergelar doktor pada suatu hari nanti.
Majlis kemudian telah diambil alih oleh pengacara slot Gerak Kerja Berkumpulan, Dr. Nurhidayatul Husna bt Johari.Pembawakan bersahaja pengacara majlis telah berjaya menghidupkan suasana majlis yang ceria disamping berjaya mencapai kefahaman ahli tentang isu-isu yang diketengahkan.Majlis bertukar rentak apabila slot muhasabah yang dikelola oleh Dr. Azlizan bt Supian berlangsung.Para peserta telah memberi komitmen yang baik sepanjang majlis ini.
Sebelum bersurai,para hadirin telah dijamu dengan pelbagai aneka hidangan yang telah dimasak dan dibawa oleh para peserta.Semoga aktiviti seumpama ini boleh dijalankan lagi dan ukhwah sesama kita terus kekal terjalin.
Disediakan oleh: Siti Najwa binti Roslan (Timb. Unit Pembangunan Insan PCZ 10/11)

Tinggalkan komen anda