Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Laporan Sc Inc. (akhawat tahun 1)

Laporan Sc Inc. (akhawat tahun 1)

2 APRIL 2010 : Smart Circle inc. 2010 merupakan acara tahunan di bawah Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Zagazig.Pada tahun ini,Smart Circle Inc. membawa tema “ Together We Unite” untuk memupuk rasa perpaduan dan kesatuan di samping meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli.Seawal jam 7.30 pagi lagi,para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sains kesihatan tahun satu akhawat telah mula memenuhi ruangan dewan Darul Wehdah bagi menjayakan majlis dan seramai 63 orang peserta telah hadir pada hari tersebut.
Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengerusi 2 PCZ 2010/11, Dr. Azlizan bt Supian yang telah menekankan kepentingan ukhwah dan kesatuan dalam kalangan mahasiswa/wi. Smart Circle Inc. pada kali ini telah dilangsungkan dalam tiga slot utama,bermula dengan pembentangan ringkasan kitab Wajibus Syabab Al-Yaum karangan Dr.Yusof Al-Qardhawi oleh Dr. Norhana bt Rahmat,disusuli dengan tayangan ‘slide show’ dan aktiviti Gerak Kerja Berkumpulan yang menjurus kepada perbincangan dan ’brainstorming’ yang melatih daya fikir para peserta .
Slot terakhir pada hari tersebut diteruskan dengan aktiviti modul ukhwah yang menyaksikan pelbagai gelagat dan ragam para peserta.Masing-masing cuba menonjolkan kelebihan dan ukhwah yang terjalin sesama mereka.Setelah itu,para peserta telah dihidangkan dengan tayangan ‘slide show’ yang berkisar tentang Palestin sebagai penutup kepada program pada hari tersebut.Smart Circle Inc. pada kali ini telah berlangsung dengan jayanya dan tamat jam 12.00 tengahari.
Disediakan oleh: Siti Najwa binti Roslan (Timb. Unit Pembangunan Insan PCZ 10/11)

Tinggalkan komen anda