Home > Biro PCZ > Biro Pembangunan Insan > Kejohanan Futsal Inter SC 2009

Kejohanan Futsal Inter SC 2009


Objektif Kejohanan Futsal Inter SC ’09.
1. Mengukuhkan ukhuwwah di kalangan mahasiswa Sains Kesihatan Zagazig.
2. Membina dn memperteguh kesatuan di kalangan ahli PERUBATAN.
3. Melahirkan mahasiswa yang aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
4. Beriadah dan menenangkan fikiran sambil mentadabbur kebesaran Ilahi.
5. Memperkasakan Smart Circle.

Etika Kejohanan Futsal Inter SC ’09.
1. Perbaharui niat anda.
2. Setiap pemain wajib menutup aurat dan hendaklah sentiasa kemas.
3. Setiap pemain mesti menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
4. Elakkan sebarang pergaduhan sebelum, semasa atau selepas pertandingan.
5. Sentiasa peka dengan arahan AJK yang bertugas.
6. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Syarat-syarat Kejohanan Futsal Inter SC ’09.
1. Perlawanan akan dijalankan secara liga.
2. Masa yang diberikan bagi setiap perlawanan adalah 5 minit. (tiada masa rehat).
3. Dalam setiap perlawanan, hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan untuk bermain dan selebihnya sebagai pemain gantian. .
4. Tidak dibenarkan mengimport pemain dari SC lain kecuali mendapat kebenaran daripada penyelia perlawanan.
5. DUA pasukan teratas bagi setiap kumpulan (A dan B) akan dapat memasuki perlawanan separuh akhir.
6. Sentiasa melihat dan meneliti perubahan pada jadual perlawanan yang disediakan.
7. Setiap peserta yang terlibat hendaklah menjaga kelakuan semasa perlawanan sedang berlangsung.

Tapak berniaga.
• Tempahan tapak berniaga masih lagi dibuka dan bolehlah berurusan dengan Unit Disiplin, Dr Safwan Hadi (0119361518).
• Atau hubungi terus Pengarah program, Dr Za’imu Nazmeer (0119772103).
• Sewa setiap tapak adalah LE 5.00 sahaja.
• Terhad kepada LIMA tempahan terawal sahaja.
*Anda juga boleh memberikan sumbangan melalui bendahari program,Mohd Syafiq bin Yahya(011-0482902)

Marilah sama-sama menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi Kejohanan Futsal Inter SC kali ini!!!

“bola dirembat, ukhuwwah diribat”

Tinggalkan komen anda